Saturday 23 November 2019

Kenapa pakai contact lens? Bajet cantik la tuu



sampai hari ni, kalau ikut bancian yang telah dijalankan 40% undian mengatakan wajah saya bughuk nok mapuh memakai contact lens. nampak pelik katanya. Namun begitu, majoriti masyarakat setempat amat mengagumi wajah baru ini dan sering menghantar emel dan faks menanyakan apakah rahsia memiliki wajah seperti Emma Watson

Walaupun sebahagian besar undian yang positif cik bunga yang undi sendiri, namun masyarakat setempat terutamanya jejaka jejaka tampan di kampus  tetap mengagumi wajah baru ini. Kamon bukannya cikbunga nak pakai pun spek tetapi keadaan yang memaksa.

sebelum tu, izinkan cikbunga menggunakan diri sebagai "aku" untuk lebih memudahkan bercerita maaf atas penggunaan "aku" pada yang lebih tua. Kamon bukannya aku nak pakai pun spek tetapi keadaan yang memaksa. kisahnya bermula ketika aku berkerja sebagai pencabut bulu burung sarang walit selepas taman peperiksaan STPM sementara tunggu keputusan UPU keluar. kerja tu sangat mencabar dan memerlukan fokus mata yang sangat tinggi. yelahhh, nak cabut bulu burung kan. 
lagi pula, aku balik kerja malam jadi memang tertedah dekat high beam
yelah tak elok kan

lepastu pulak taktahu kenapa pulak aku suka on laptop and phone dalam gelap. layan fb, tengok movie, online semuaa dalam gelap. turn off lampu. tak lama lepastu, aku dapat kerja dekat kedai spec. jadi assistant je lah mampu kan? tapi, banyak jugak ilmu baru aku dapat. hari hari boss aku cerita pasal mata.

beberapa bulan kemudian, ku mula pening2. Mungkin tekanan kerja. Mungkin aku kelaparan. Mungkin akibat aku sudah boroi. 'Mungkin' lagu Anuar Zain. 'Mungkin Nanti' lagu Peterpan. 'Maybe' lagu Emma Bunton. Haa? Seperti biasa aku gagahkan diri juga. Tapi setelah pening2 ini berterusan selama 2 minggu aku pun mula risau. Aku pun google la 'pening-pening berterusan' banggg kluar barah otak pulak. Ahhhh.


aku pun  mintaklah boss aku check mata aku. check check dua dua belah mata rabun dah 150, silau 100. boss aku cakap tinggi jugak tu silau aku. jadi boss aku suggestkan aku buat spek memandangkan kami bekerja di kedai spek. dan yang bagusnya, boss aku setuju nak bagi harga staff dengan diskaun yang special untuk aku. sambil-sambil tu boleh jugak aku jadi model spek kan?

tapi aku tak berminat dekat spek mata ni. aku lagi suka contact lens. sebab lagi stylish dan murah. walaupun boss dah bagi harga murah dekat aku, aku still lagi rasa spek tu mahal. jadi aku pun buat keputusan untuk beli je contact lens.

maka...bermulalah episod aku sebagai pemakai contact lens walaupun tak berapa sesuai dengan silau aku yang agak tinggi ni. insyallah, nanti aku nak cuba pakai spec pulak, tapi buat masa ni memang nak contact lens je.

by the way, dekat sini aku nak share tips pemakaian contact lens.
jemput baca : Tips Pakai Contact Lens

okeyyy thats all for this entry. xoxo. thankyou sudi baca

7 comments:

  1. Saya prefer gunakan spek mata sebab takut nak pakai contact lens. Lagipun spek nak ambil masa yang lama untuk pakai. Isu kebersihan pun risau jugak. Takut tangan atau contact lens tak betul2 bersih.

    ReplyDelete
  2. Anak kedua akak sekali sekala pakai contact lens...matanya nmpk besar semacam..

    ReplyDelete
  3. Kadang-kadang syiok jugak pakai contact lens. Rasa mata macam elok je lagi. Haha

    ReplyDelete
  4. lain org lain keperluaanya. tk perlu judge org
    fisioterapi
    sakit belakang
    sakit lutut

    ReplyDelete

Tinggalkan komen ? Terima kasih