Monday 4 March 2019

KALAU MATI ESOK...

HAII. nampaknya aku masih boleh follow challenge ni lagi. untuk hari ni, aku nak cerita pasal "kalau esok mati, perkara terakhir yang anda nak buat"

deep sunggu topik ni

seandainya, esok adalah hari terakhir aku...ada beberapa perkara yang aku nak buat

  1. bayar hutang. nak pergi cari semua orang yang pernah aku berhutang dan langsaikan semua hutang hutang aku. andai kata tak sempat, aku akan war war kan hutang aku pada waris aku.
  2. memohon maaf pada semua orang sama ada yang dekat atau jauh.
  3. tutup semua sosial media
  4. solat taubat


Sunday 3 March 2019

5 CARA NAK NGORAT AKU

WAH tajuk kemain lagi. nampak macam rempit dah ni

okeylah, aku betulkan tajuk tu dulu.

"5 cara memenangi hati saya"

haa baru betul. entri ni bukan lah more kepada cara lelaki nak ngorat aku tapi lebih kepada macam mana seseorang tu boleh buat ak adore kat dia, dan selesa dengan dia. mohon maaf atas tajuk yang agak sedikit kotor

lets start...

  1. mestilah seseorang yang mempunyai common sense. amatlah penting sesorang itu mempunyai common sense supaya tidak dilabel "tidak bertamadun". korang pun mesti biasa kan dengan perkataan coomon sense ni, jadi tak payah lah aku cerita kat sini common sense tu apa... 
  2. yang pandai menjaga tutur bahasa nya. aku tak kisah kalau dia suka mencarut tapi secara private, asalkan setiap tutur katanya tidak meyakiti hatiku sampai aku koyakkkkkkk. maksud aku, ada certain people yang dia ni kuat mencarut tapi jaranglah dia sakitkan hati orang. aada pulak jenis manusia yang jarang mencarut tapi sekali dia bercakap fuhhhh pedih beb, sakit yang paling dalam. jadi, aku sangatlah adore orang yang pandai menjaga percakapanya. 
  3. bukan jenis yang tangannya suka merayap ke badan orang lain. hey! ini aku sangat pantang okey. aku ada tau member perempuan ni dia suka pegang pegang aku. aku taktahu nak cakap macam mana. dia bukanlah terus pegang private part tapi dia suka pegang perut, peha... haaa part yang macamtu lah. kalau korang terkena pun korang rasa anginnnnn je kan ? kalau setakat pegang tangan, usap tangan ke apa tu aku tak kisah tapi kalau dah part part yang tu.....
  4. seorang yang boleh menerima pandangan orang lain dan berani melontarkan pandangan sendiri. aku paling suka dengan orang jenis ni sebab dia boleh buat aku berfikir dan aku dapat ilmu baru. seriously, memang seronok sembang dengan orang macamni. kalau kau nak bagi pendapat tapi pendapat kau salah, kau still rasa berani dan rasa tak terhina pun. orang yang macamni lah sepatutnya kita buat kawan.
  5. yang pandai bezakan bila boleh melawak dan bila kena serious. ni pun sebenarnya termasuk dalam common sense jugak. 
sebenarnya banyak lagi yang aku nak share dekat sini tapi kala aku cerita semua, post ni akan menjadi terlalu panjang. silap silap boleh sampai 10 000 patah perkataan. 
jadi aku cerita 5 je lah.

so you guys plis share with me yours :*

Friday 1 March 2019

HELLO MARCH & WRITING CHALLENGE


HAIIIII.

GOODBYE FEBRUARY, WELCOME MARCH

okey, untuk bulan mac aku akan cabar diri aku sendiri untuk menaip dan post entry setiap hari selama sebulan. aku namakan segmen ni 5 days writing challenge

mungkin korang dah biasa nampak blogger lain, tapi kali ni aku nak cuba sendiri. mungkin korang patut jugak cuba.

so basically aku akan start esok. wish me luck xoxoxo