Showing posts with label FEELINGS. Show all posts
Showing posts with label FEELINGS. Show all posts

Saturday, 16 November 2019

You Messed Me Up.



you messed me up
you really did
i lay awake at night
trying to imagine
how could it have been

what i did wrong?
why did i meet you?
why did life put you on my path..
for you to just leave again
and leave me broken

what i am supposed to realized?
that I make mistakes?
or that i get attached too quick?

i dont regret my mistakes.
it's the best mistakes i've ever made
but that mistakes left me broken

fucked up. lost

what i am supposed to say?
i am sorry?
sorry for hoping?
sorry for feeling joy?
sorry for thinking it was good?
sorry for feeling safe under your arm?
sorry for ever sending you messages?

i am sorry for thinking it was a good idea
i am sorry i thought life was giving me a break
i am sorry for caring

Tuesday, 5 November 2019

Degree life is hectic. I need motivation


I need motivation. I stopped. I kemas all these books bersepah atas katil. I sighed. Degree life is hectic 😫😭 Mounting tasks to be done. Can i just give up? It seems easier tho πŸ˜‚ my tangled thoughts messed up everything. Ya allah I really need some shots of motivation 😞 i went to bathroom and took an ablution. Bentang my prayer mat and did a maghrib prayer. I took a break and decided to opened up my whatsapp in case my lecturers cancel all the clases for the whole week. But hell, my lecturers said this week presentation, midterm, date line and do the forum πŸ˜‘. So i decided to open up Facebook just in case Malaysia was under attack and our prime minister declare the state of emergency. What ever excuse i made to procrastinate. Yall know me HAHAHAHA. But instead, I came across this photo. I cried. I did it well back then. I survived. Why need to lose hope now? Belive in allah is forever a powerful thread. Ayte?


Thursday, 19 September 2019

So Tired...


haiii korang. maaflah lama tak update blog. koen komen pun tak sempat reply satu satu. bukan apa, cuma sekarang kuliah dah start jadi agak busy sedikit. bila dah busy ni waktu yang free pun untuk berehat je.

taknak cakap banyak pun kali ni cuma nak mengadu yang cikbunga sangatlah penat sejak naik sem ni. entah lah kenapa. tapi memang sangat penat. penat terkejar-kejar bas, kelas pukul 8, kelas habis lewat petang...arghhhhh

takpelah, belajar eang susah pun kan? sabarlah sayang

tapi tu lah, cikbunga plan sem ni nak bawak motor senang sikit nak gerak ke mana. kalau kelas pukul 8, boleh la gerak keluar pukul 745 ke kan? takde lah pukul 7 tu cikbunga dah kena tunggu bas. kalau kelas habis senja tu boleh la terus balik. takpayah tunggu bas dah hmmm lagipun bas takde senja senja ni. minggu lepas cikbunga sampai rumah pukul 8 tau sebab tunggu bas. 
jadi dengan adanya motor ni harap boleh lah jimatkan masa kan?

okeylah tu je rasanya nak membebel dekat sini. insyallah kalau ada masa, cikbunga akan reply komen korang satu satu. thankyou


Thursday, 12 September 2019

TEMPAT ANAK SULUNG BERGANTUNG


bila anak sulung ada tempat bergantung
dia aakan betul betul bergantung dekat orang tu
dia akan cakap dekat diri sendiri kadang kadang yang dia tu berdikari, tak bergantung pun dekat orang tu
kononnya dia boleh
sebenarnyakan, tak
dia kata dia boleh hidup kalau orang tu takde, tapi
sebenarnya dia lah orang yang paling tak boleh

sebabtu kan, anak sulung ni kuat dekat kawan kawan dia
bukan dengan family sebenarnya
dia kuat untuk family
tapi dia bangun dengan kawan kawan
dia kuat dengan kawan kawan
kalau dia takde kawan kawan kan, dia akan rasa dia sorang sorang je
jauh je

masa tu, anak sulung ni betul betul jatuh
terduduk
haa macam tu
sebab tu kan
kadang kadang kita kena bangun sendiri
kalau ada masalah tu, kena share
tapi kita ni anak sulung, nak share masalah tu belakang sekali
paling susah nak share la








Friday, 6 September 2019

MY BOYFRIEND CHEATED ON ME?!


QUESTION :
I caught my boyfriend cheating about two months ago I've tried forgiving him but I cant forget


ANSWER :
you can forgive him but you shouldn't stay in a relationship with someone who can't commit to one. it's not just about the act but it speaks about the personality of the person too. and being in a relationship with someone who has a problem with commitment will lead to a lot more issues in the future

Thursday, 29 August 2019

TULIS NOVEL KISAH SENDIRI


hai. lamanya tak menaip dekat sini. Rindu rasanya nak meluah di sini walaupun macam syok sendiri. Pada yang sudi membaca, terima kasih. Tak dapat rasanya cikbunga membalas kunjungan semua

Kadang-kadang selalu terfikir nak tulis novel sendiri. Publish kan buku lepastu bagi baca free, tak mengharapkan keuntungan walaupun boleh menjana pendapatan.

Cikbunga bukanlah berasal dari latar belakang sastera yang mampu menghasilkan bait bait yang sungguh puitis, bukanlah juga dari kalangan orang orang yang banyak membaca dan bukanlah juga orang yang dah pergi beratus ratus bengkel penulisan untuk menghasilkan penulisan yang terbaik. Cikbunga hanya cebisan insan yang mempunyai pelbagai rasa di dalam hati dan juga berbagai buah fikiran yang tak mampu diungkapkan.

Rasa itu seperti sedang berperang dengan perasaan sendiri. Melawan sedaya upaya dengan diri sendiri supaya rasa ini tidak berkekalan.

Allahu. Berat sungguh rasanya. Terasa sempit dada ini.

Tak pasti macam mana nak mulakan dari mana, macam mana, dan bait bait yang sesuai digunakan.

..............................................................................................................................................................

Kadang kadang rasa macam syok sendiri. Sebab kita beria support dia, tolong dia, text dia hari hari tapi dia?
Bukanlah dia tidak memberikan respons langsung tetapi respons dia tidaklah sama hype macam kita. You know that feelings right?
Sampai satu tahap kita akan rasa "okey i need to stop this. I deserve better" and secretly hoping yang si dia akan datang mencari. Ya, memang benar si dia datang mencari dan bertanya kan kenapa kita berubah sikap. Dariii hati yang keras menanamkan sikap ingat berhenti dari beria, tiba tiba hati menjadi lemah dan cair. Kita pun mula jadi senang semula bila bersama dengan dia. Hati rasa tenang semula. Seketika.

Tapi, lama lama si dia mengabaikan kita lagi. Bermulah episod yang sama seperti kisah tadi. Kita pun bercakap dalam hati "ahhhh ni last la aku ws kau, pasni takde la dah kalau aku sorang je yang beria". Si dia pun datang memujuk walaupun tanpa dipinta.


Di satu sudut, kita pun terfikir kenapa dengan diri kita ni? Adakah hati ini terlalu sayangkan dia? Adakah hati ini terlalu mudah untuk dipermain mainkan? 

Kita keliru dengan perasaan sendiri. Kita rasa yang dia dah tak sayangkan kita. Kadang kadang, kita rasa yang dia sayangkan kita. Ah sudah! Apa nak buat ni?

Berkawan macam biasa? Tapi tak boleh control dari jadi manja dengan dia dan nak perhatikan dia.

Jangan layan dia sangat? Ah sukarnya rasa sebab si dia sangat pandai bergurau sehinggakan kita lupa yang kita tengah terasa dengan dia.

Hampir saja memulakan cerita di dalam draft microsoft word. Ah! Aku buntu dengan perasaanku sendiri...

Saturday, 3 August 2019

KENAPA AKU BENCI KELANTAN

Hai. Assalamualaikum readers


Pertama sekali, cikbunga nak mintak maaf pada yang baca tajuk entri cikbunga ni dan terus terasa hati. Cik bunga nak mintak maaf juga kalau ada yang merasakan tajuk ni berbunyi agak racist. Harap kalian semua tidak terus tekan pangkah atau back tanpa meneruskan pembacaan entri cikbunga ni.
 Tujuan cikbunga menulis entri ini bukanlah untuk menyebarkan kebencian terhadap seluruh orang Kelantan ataupun menyebarkan idealogi kenapa kita harus membenci Kelantan tapi cikbunga nak kongsikan sesuatu di sebalik tajuk entri ini.

Baru baru ini, ataupun lebih tepat pada bulan julai lepas negara kita telah digemparkan dengan video sekumpulan remaja perempuan melakukan aksi memijak kita suci Alquran. Video itu telah mendapat ribuan share dan video itu telah menjadi viral dalam waktu yang singkat. Dalam video itu, tidak dinyatakan lokasi kejadian tetapi atas kebijaksaan beberapa pihak, lokasi itu telah dikenal pasti di tanah merah Kelantan.

Oleh sebab itu, pelbagai kecaman telah dilemparkan pada negeri itu hanya kerana video itu. Sebelum ni pun, ramai juga yang membenci  Kelantan sebab jenayah yang dilaporkan oleh media di negeri itu.
To be honest, cikbunga pun sebelum ni anti Kelantan, tak suka Kelantan dan menghina negeri Kelantan. Sebab ? sebab biasanya kalau viral roommate/housemate pengotor je mesti dikaitkan dengan Kelantan. Oleh sebab tu cikbunga ada mindset orang Kelantan ni pengotor, orang Kelantan teruk, orang Kelantan ni penunggang agama. (sorry for being like this). Cikbunga terus je letak tuduhan begitu tanpa pernah jejakkan kaki ke sana, tanpa ada pengalaman buruk dengan orang sana, tanpa pernah berkawan dengan orang sana. Tentunya cikbunga boleh terpengaruh dengan mindset macamni sebab cikbunga memang takde keluarga atau saudara mara yang tinggal di sana.

Sehinggalah…

Sehinggalah cikbunga sambung degree ni dan dapat housemate orang sana. Seperti ada pengajaran  untuk cikbunga.

Bila dah berkawan dengan orang sana, mereka tidaklah seteruk seperti apa yang di viralkan tu. Mereka sama seperti kawan kawan dari negeri lain jugak. Kawan kawan dari Kelantan nil ah yang paling banyak tolong cikbunga. Jadi sekarang, cik bunga dah sedar yang kita tak sepatutnya percaya bulat bulat apa yang diviralkan tu. Tidak adil lah jika kita terus pukul rata dengan semua orang Kelantan. Bukan semua orang Kelantan jahat macam yang selalu kit abaca dekat twitter/fb tu. Pada mereka yang pernah ada pengalaman buruk dengan orang negeri Kelantan tu, I feel so sorry. Pilihlah kawan dan berkawan lah dengan orang yang baik baik.

Lastly, hentikanlah racist terhadap negeri. Cikbunga mintak maaf lagi sekali kalau sepanjang entri ni ada perkataan yang tak sesuai, atau mengguris perasaan mana mana pihak. Korang jangan nak benci sangat dengan orang tu, mana tahu nanti orang yang paling dibenci tulah yang akan tolong korang. 

*mula mula rasa annoying dengan dialek Kelantan, tapi bila dah biasa dengar suka pulak dengar kawan kawan cakap dialek Kelantan..sampai tahap nak belajar kecek.

Sunday, 14 October 2018

DIA CURANG... AKU KOYAK, DIA RETAK


Dia Curang
Aku Koyak
Dia Retak.
Ya Begitulah

hai guys kalau korang rasa ni entri aku putus cinta, korang salah. HAHAHAHAHA.
For me, kisah cinta aku terlalu personal untuk diceritakan disini melainkan kalau ada pengajaran yang korang boleh ambik.

this is short entry

pagi tadi aku pergi kedai runcit dekat dengan rumah, sebab nak pergi kedai je so aku ride lah motor. masa aku dah beli barang, aku letak my phone dekat raga motor (PLEASE JANGAN TIRU, BAHAYA)
atas kelalaian aku sendiri, entah macam mana phone aku boleh termasuk celah celah raga besi dan dengan lajunya menggelongsor ke bawah melalui body motor aku dan akhirnyaaaa
PLAPPPPPP 
Jatuh ke jalan tar. 

Phone aku curang dengan aku.

dia cium jalan tar depan mata aku sendiri

aku koyak
dia retak

okey guys, sila tuju lagu dekat aku yang paling sesuai dengan aku sekarang

*koyak : hati sakit