Wednesday 8 April 2020

RESEPI : BREADCRUMP KEBAB - RESEPI ROTI SIMPLE


Bosan bosan taktahu nak buat apa maka terhasil lah resepi diy ni. buat roti pita salut dengan breadcrump pun boleh. resepi simple simple je guna bahan yang simple. yang penting rasanya sedap. sesuai jugak untuk student macam cikbunga yang malas nak makan nasi hehehe...
okey jom kita start

Bahan-bahan inti yang diperlukan :
  • daging burger
  • bawang besar yang dipotong dadu
  • tomato potong dadu
  • cendawan shitake potong dadu
  • sos tomato
  • sos cili
  • serbuk lada hitam
  • garam
  • gula

so korang tumis dulu bawang besar. then masukkan daging burger dan lada hitam. goreng sampai daging tu masak. kalau suka daging yang garing, goreng sampai garing. kalau suka yang juicy, goreng sampai juicy je. ikut citarasa korang. oh ya, daging ni apa apa brand pun boleh. masukkan sos cili dan sos tomato. perasakan dengan gula dan garam. tutup api dan ketepikan. 


Bahan-bahan untuk breadcrump pula :
  • roti buku gardenia atau brand lain - korang lenyek kan sampai nipis. tekan tekan  pun boleh
  • telur
  • breadcrump - kalau takde pun takpe


Roti yang dah dilenyek kan tadi, sapukan telur keliling roti dan letak lagi sekeping atasnya.
tekan tekan bahagian tepi roti tu bagi melekat
celup dalam telur dan salutkan dengan breadcrumps
masukkan dalam kuali dan gorengkan
dah garing depan dan belakang roti, angkat dan toskan.
potong dua bahagian roti dan masukkan inti kedalam roti. - potong menjadi tiga segi
dah siap !
boleh letak mayonis kalau nak




SELAMAT MENCUBA 😋😊

***KREDIT : AliyaFarhana Chomey - kesemua gambar dan resepi dari beliau yang dipost untuk group Masak Apa Hari NI







Tuesday 7 April 2020

RekomenFilem : Foxtrot Six (2019) | Review & Link


       1h54min 
⭐️7.0 IMDB 
  
Director: Randy Korompis
Actors: Oka Antara, Verdi Solaiman, Chicco Jerikho, Rio Dewanto

Genres: Action, 🎭 Drama, 🤖 Sci-Fi

Mengisahkan 5 orang sahabat yang cuba untuk menumbangkan sebuah kerajaan. Mereka cuba menyelamatkan negara mereka iaitu Indonesia dari pemimpin yang kejam pada tahun 2030.

Pada tahun itu, Indonesia di kawal oleh parti yang korup iaitu PIRANAS. Tentera PIRANAS ni dikenali sebagai GERRAM. Alaaa diorang ni kira macam pembunuh bersiri yang diupah kerajaan korup tu untuk rakyat yang cuba halang kerajaan PIRANAS ni. 

Pacing cerita ni agak cepat and ending dia agak anticlimactic bagi cikbunga! Oh ya, movie ni dalam english ya. Fully english. cerita ni ala ala hollywood la bagi cikbunga. 

Action dia macam paskal geng. Sesuai untuk siapa yang suka filem aksi yang tak terlampau ganas,berdebar tu. Tapi action dia still padu. Prop dan uniform diorang pakai sangat detail jugak. Cerita Indonesia memang best kalau bunuh-bunuh ni. Boleh dikatakan Indonesia punya level movie ni dah another level.

concept story detail tapi concept art takde. ermm. 
by the way, trailer ni korang boleh tengok dekat youtube.


mana nak tengok? meh nak share link full movie


korang click je link tu okey? selamat menonton guys! bye

dah tengok jangan lupa komen review korang pulakk hehehe.