Cikbunga sebenarnya lama dah memakai kanta lekap berwarna ni
ataupun nama barat dia “contact lens”.
Tujuan pemakaian contact lens ini adalah untuk membantu penglihatan bagi yang mempunyai masalah penglihatan dan fungsinya sama seperti cermin mata. Tapi, contact lens ni ada had pemakaian dan tarikh luput dia macam 3bulan daripada start pakai atau sebulan. Ada jugak yang jenis harian. I bet, u guys mesti dah tahu mengenai contact lens ni kan? Lagipun contact lens ni dahh lama wujud. Peminat peminat fashion juga mesti faham cara penggunaan contact lens ni.
Cikbunga pernah pakai contact lens yang berwarna dan yang
hat jernih tu ataupun kita panggil transparent. Banyak je jumpa orang cakap “pakai
contact lens colour colour ingat muka macam mak salleh ke?” takpun orang cakap “gedik
je pakai yang berwarna, nak Tarik perhatian lelaki lahh tu” dan “ingat lawa ke
pakai yang colour colour biru, hijau, purple”
Ni nak cerita lah sikit kenapa cikbunga lagi suka pakai
contact lens yang colour colour ni. Cikbunga disahkan rabun masa tahun lepas,
umur 20. Tak lah awal sangat dapat masalah rabun ni. Spec mata tak murah, rm500
rm600 rm700 ke..kalau you guys nak beli cermin yang elok, yang high quality,
yang tak silau, yang uv protection tu tak murah. Memandangkan masa tu cikbunga tak
berduit sangat, gaji kerja part time banyak lagi kena saving so cikbunga pun
pilihlah nak pakai contact lens. Siapa siapa yang ada masalah mata pi lah jumpa
pakar mata buat lasik ke, smile ke. Cikbunga punya masalah ni power tak terlalu
tinggi jadi pemakaian spec atau contact lens sudah memadai. So the best way is,
cikbunga pakai contact lens lah.
Dulu cikbunga mula dengan pakai contact lens transparent. Dia
okey ja Nampak macam tak pakai contact lens. Orang kata lebih natural lah takde
lah bajet bajet mat salleh sangat, Nampak melayu lah kan. Tapi masalahnya bila
kita nak pakai, belum sempat masuk mata dia dah jatuh hahahaha, bila jatuh you
guys nak cari macam mana? Benda transparent. Pastu tak jumpa, biar lama lama
kotor kat situ..dah tak bersih lah contact lens tu. Dah kena bukak contact lens
baru.
So contact lens berwarna ni sangat berguna untuk cikbunga
dari segi macamtu lah. Lepastu, contact lens ni you guys tak boleh pakai lebih
8 jam. Sebab contacts lens ni ada certain material yang okey, ada certain
material yang tak okey. Mata akan jadi kering, merah merah. So tolong sangat,
habis kelas tu atau habis kerja tu terus bukak. Contact lens ni kalau dia
terpergi ke belakang mata, jangan gelabah. Relaks je. Urut urut mata tu
perlahan lahan, bukak mata tengok ada tak. Kalau takde, urut lagi. Nanti dia
keluar berlipat so kalau dah terjulur tu boleh Tarik slow slow.
Cik bunga suka pakai warna yang natural macam light brown,
dark hazel tapi kadang kadang nak juga try warna silver ke. Saiz pun biasa
ambik yang normal. Tapi kalau datang mood nak melawa tu beli lah jugak saiz
yang lagi besar.
Terpulanglah pada masing masing kan? Hang nak kalut pasaipa.
So ni nak share sikit general tips untuk yang pakai contact lens ni.
- Make sure basuh tangan bersih bersih sebelum sentuh contact lens
- Cuci contact lens tiap hari dengan water solution tu.
- Casing pun sama, jangan sesekali guna air paip sebab takut ada jangkitan kuman
- Yang jenis power kiri kanan tak sama tu, jangan tukar tukar letak contact lens
So, jaga mata elok elok. Rehatkan mata. Mata ni adalah organ
yang tak ternilai, kalau you guys rabun ke buta ke, you guys rasa gelap satu
dunia. So jaga elok elok. Yang pakai contact lens selalu kena kecam tu, biarkan
diorang. Yang pakai mata hang, yang mata depa sakit pasaipaaaaa
uishhh ngerinyaaa bila bayangkan contact lens tu pergi belakang mataaaaaa
ReplyDeletePernah pakai sekali je contact lense lepastu takde dah sebab dah terbiasa sangat pakai cermin mata and taktau kenapa rasa malu nak bagi orang tengok muka bila tak pakai cermin mata. rasa macam.. naked?
ReplyDeleteSaya risau kalau contact lens tu pergi belakang mata sebab tu takut nak gunakan contact lens😅.
ReplyDeleteSeramnya dengar pergi belakang mata. Aien tak pernah la ke belakang, tapi pernah sampai selaput mata kelembung akibat pemakaian contact lens terlalu lama. hehe Since dari tu, serik dah pakai. Last pakai masa kawen. Itu pun jenuh tahan mata pedih je.
ReplyDelete