Pages

Monday, 25 November 2019

Hi. Saya Nak Ajar Tajwid


Hari-hari merepek dan mencarut ringan di blog ini pasti memberi dosa2 tanpa disedari. Oleh kerana itu, apa salahnya cikbunga mengajar tajwid sekali sekala.Ok hari ini kita akan belajar hukum nun mati. Hukum nun mati ada 4 iaitu Izhar halqi, Idgham, Iqlab dan Ikhfa'. Semua ini diajar oleh ustaz dan ustazah cikbunga di sekolah agama di hadapan sekolah rendah kebangsaan cikbunga 

  • Izhar Halqi

Apabila nun mati bertemu dengan huruf2 izhar, maka wajib dibaca dengan jelas dan nyata. Huruf2 izhar: alif kha kho ain ghain ha

  • Idgham

Idgham terbahagi kepada dua iaitu idgham maalghunnah dan bilaghunnah. Apabila nun mati bertemu huruf2 idgham, masukkan bunyi huruf pertama ke dalam huruf kedua. Maalghunnah dengung, bilaghunnah takyah dengung.
Huruf2 maalghunnah: ya wau mim nun
Huruf2 bilaghunnah: lam rho

  • Iqlab

Camane nak explain yang ni. Haa jika nun mati bertemu ba (satu huruf saje), jangan bunyikkan huruf nun tu. Wajib dibawa dengung.

  • Ikhfa' Hakiki

Nak baca dia macam between izhar dan idgham dan kekalkan dengung dia. Huruf2 ikhfa' adalah selain huruf2 yang telah dimention di atas.

Ok semoga korang mendapat ilmu dan tidak membaca dengan tunggang langgang main langgar je tajwid suma. Assalamualaikum.

8 comments:

  1. Terima kasih cikbunga :)
    Hukum nun mati, mim mati ni mmg kena hadam supaya bacaan Al Quran kita betul tajwidnya. Sama juga hukum mad.

    ReplyDelete
  2. nice sharing.. boleh jadi ustazah lepas ni..hehe:P

    ReplyDelete
  3. Nice sharing , dah lama tinggal bab tajwid nie . Dulu waktu sekolah agama kelas paling mendebarkan kelas tajwid la . Risau baca al quran tersalah tajwid kena marah dengan ustazah , Kebetulan ustazah yang ajar tajwid tu memang garang . Heheheh . .

    ReplyDelete
  4. Terima kasih atas perkongsian dapat refresh memori semula.

    ReplyDelete
  5. nice sharing..teringat zaman2 pergi kelas tajwid dulu..

    ReplyDelete
  6. simple but mudah faham. refresh balik pembelajaran lama. Thanks cik bunga

    ReplyDelete
  7. bagus info ni..refresh balik tajwid yg kite bljr time zmn budak2 dlu :)

    ReplyDelete
  8. Bagus post ni.. tq for sharing

    ReplyDelete

Tinggalkan komen ? Terima kasih