Hai. Assalamualaikum readers
Pertama sekali, cikbunga nak mintak maaf pada yang baca
tajuk entri cikbunga ni dan terus terasa hati. Cik bunga nak mintak maaf juga
kalau ada yang merasakan tajuk ni berbunyi agak racist. Harap kalian semua
tidak terus tekan pangkah atau back tanpa meneruskan pembacaan entri cikbunga
ni.
Baru baru ini, ataupun lebih tepat pada bulan julai lepas
negara kita telah digemparkan dengan video sekumpulan remaja perempuan
melakukan aksi memijak kita suci Alquran. Video itu telah mendapat ribuan share
dan video itu telah menjadi viral dalam waktu yang singkat. Dalam video itu,
tidak dinyatakan lokasi kejadian tetapi atas kebijaksaan beberapa pihak, lokasi
itu telah dikenal pasti di tanah merah Kelantan.
Oleh sebab itu, pelbagai kecaman telah dilemparkan pada
negeri itu hanya kerana video itu. Sebelum ni pun, ramai juga yang
membenci Kelantan sebab jenayah yang
dilaporkan oleh media di negeri itu.
To be honest, cikbunga pun sebelum ni anti Kelantan, tak
suka Kelantan dan menghina negeri Kelantan. Sebab ? sebab biasanya kalau viral roommate/housemate
pengotor je mesti dikaitkan dengan Kelantan. Oleh sebab tu cikbunga ada mindset
orang Kelantan ni pengotor, orang Kelantan teruk, orang Kelantan ni penunggang
agama. (sorry for being like this). Cikbunga terus je letak tuduhan begitu
tanpa pernah jejakkan kaki ke sana, tanpa ada pengalaman buruk dengan orang
sana, tanpa pernah berkawan dengan orang sana. Tentunya cikbunga boleh terpengaruh dengan mindset macamni
sebab cikbunga memang takde keluarga atau saudara mara yang tinggal di sana.
Sehinggalah…
Sehinggalah cikbunga sambung degree ni dan dapat housemate
orang sana. Seperti ada pengajaran untuk
cikbunga.
Bila dah berkawan dengan orang sana, mereka tidaklah seteruk
seperti apa yang di viralkan tu. Mereka sama seperti kawan kawan dari negeri
lain jugak. Kawan kawan dari Kelantan nil ah yang paling banyak tolong
cikbunga. Jadi sekarang, cik bunga dah sedar yang kita tak sepatutnya percaya
bulat bulat apa yang diviralkan tu. Tidak adil lah jika kita terus pukul rata dengan semua orang
Kelantan. Bukan semua orang Kelantan jahat macam yang selalu kit abaca dekat
twitter/fb tu. Pada mereka yang pernah ada pengalaman buruk dengan orang negeri
Kelantan tu, I feel so sorry. Pilihlah kawan dan berkawan lah dengan orang yang
baik baik.
Lastly, hentikanlah racist terhadap negeri. Cikbunga mintak
maaf lagi sekali kalau sepanjang entri ni ada perkataan yang tak sesuai, atau
mengguris perasaan mana mana pihak. Korang jangan nak benci sangat dengan orang tu, mana tahu nanti orang yang paling dibenci tulah yang akan tolong korang.
*mula mula rasa annoying dengan dialek Kelantan, tapi bila dah biasa dengar suka pulak dengar kawan kawan cakap dialek Kelantan..sampai tahap nak belajar kecek.
haha kite pun merasakan bnde yg sama. setiap negeri pun ade je yg jahatnye.. tapi taktau kenapa kelantan paling viral..
ReplyDeletepelik2 sungguh remaja2 sekarang. harap diorang insaf. hmm dunia akhir zaman
ReplyDeleteKat mana2 negeri pun ada je segelintir yg bersikap buruk tapi mgkn tak diviralkan so org tak tau, tapi entah kenapa bila twrjadi di kelantan je, mulalah jadi isu besar.
ReplyDeleteDari dulu sampailah sekarang, memang ada je orang yang tak suka tapii yang peliknya asal cuti sekolah ke apa-apa cuti (dulu atau kini) dekat sinilah yang paling ramai orang datang. Macam-macam nak beli.. macam-macam nak walaupun kat sinilah yang dikutuk²
ReplyDeleteKita pernah jugak roomate ngan org kelate. Baik sangat dia. Pembersih sampai tahap ocd. Hahaha. Betul tu. Jangan judge negeri sebab tak semua penghuninya perangai sama kan.
ReplyDeleteHehe takpe cik bunga,i feel you.. saffaa org kelate nama start dengan nik tapi bila introduce dkt org lain tak mention nik tu hehe
ReplyDeletei have so many kelantanese friends and alhamdulilah they're all good to me.
ReplyDeleteSikap dan keperibadian seseorang tu bergantung pada diri sendiri dan bukanlah daripada negeri tempat asal mereka. Saya ada je kawan dari Kelantan. Tapi tak sama pun macam khabar kurang baik yang disebarkan.
ReplyDeleteBenci tu perkataan negative yang tinggi impak dia baik kepada penulis mahupun pembaca. Kurang suka, kurang minat mungkin. Sekadar berkongsi
ReplyDeleteSikap dan sifat manusia itu bukanlah cerminan negerinya.. mana-mana pun ada je yang perangai tak senonoh..
ReplyDeletesaya pun ada berkawan dengan orang kelantan, and ya, mereka okey je.
ReplyDeleteBetul tu, tak semestinya apa yang viral apa yang kita dengar tu sahih dan betul kan.
ReplyDeleteHehe. Kalau kelantan ni. Akak suka bab makanan dia.
Anway done follow sini #240
tak kenal maka tak cinta..hehe
ReplyDeleteBesfren mama org Kelantan Masa mula2 dulu bila puak2 kelate berkumpul mama pening dgr Diorg kecem kelate
ReplyDeletehi, sy org kelantan :)
ReplyDeleteDulu saya pun macam ni jugak.
ReplyDeleteKawan adik saya orang kelantan, mak dia punyalah baik, dalam lumpuh2 pun masih gagah singgah rumah nak make sure kami adik beradik rasa kehadiran seorang mak, adik saya pulak sanggup ikut balik kelantan jaga mak kawan dia masa sakit. They are the sweetest.
Kawan baik saya sekarang orang kelantan, her mother is nice too. setiap kali jumpa mesti ajak tido rumah, masak sedap2 and walaupun dorang semua kecek kelate, entah macamana boleh faham apa yang dorang cakap tapi most of the time blur lah jugak hahahaha
kita suka kelantan!
ReplyDeleteKelantan ni berpuak2 klau ketua staff di atas habis diangkut semua org dia jer lh perangai cam bangla haaikk tuiihh
ReplyDelete