Monday 19 August 2019

PERSONAL SHOPPER? BERBALOI KE? #BBWGANU



Hai. Hari ni hari penutup BIG BAD WOLF TERENGGANU! Memandangkan cikbunga takdapat pergi ke sana, jadi cikbunga ada join group personal shopper untuk event ni sebab cikbunga memang suka beli buku. Alhamdulillah, semua buku buku cikbunga dah sampai hasil daripada join group personal shopper tersebut.
Personal shopper ialah orang yang akan memberi live update kepada kita. Mereka update, kita membuat pesanan dan pembayaran dan mereka akan pos barang kepada kita. Mereka akan mengambil upah atau service charge. Bergantung kepada budi bicara personal shopper tersebut.
Back to the tittle of this entry, berbaloi ke?
Okeylah ni pendapat peribadi cikbunga. Pendapat peribadi ni you guys janganlah ambik serious sangat. 

Bagi cikbunga, kalau event yang jauh macamni adalah sangat berbaloi. Let say, kalau korang yang jauh nak pergi event tersebut you guys kena fikir kos pengangkutan. Kalau yang naik public transport, dah kena tempah tiket awal. Kalau yang pergi sendiri, duit minyak, duit tol tu you guys kena fikir lagi.

Masa
Masa you guys ke sana pun kena fikir jugak. Berapa jam perjalanan, berapa lama masa yang you guys ada untuk bershopping

Persekitaran
kena fikir jugak kena beratur panjang nak buat pembayaran, kena berebut buku lagi, berpanas lagi.
Sedangkan kalau korang guna perkhidmatan personal shopper ni, just tambah service charge (let’s say rm3-4 per book) dan bayar kos penghantaran je (makin berat buku, makin mahal). Lebih jimat berbanding semua kos kos pergi balik, especially yang jauh tu.


Tapi ada kekurangan dia jugak

You guys kena bersabar, kena toleransi dengan ahli group yang lain. Tak bolehlah harapkan personal shopper tu akan layan you guys je, dia pun kena layan ahli yang lain

Pilihan buku buku agak terhad. 
Personal shopper tidak akan hantar gambar ke semua buku yang ada di sana, jadi pilihan agak terhad. Lagi lagi kalau you guys belum ada list buku yang you guys nak tu.

Scam! Yang ni you guys kena hati hati sebab kemungkinan itu hanyalah scam.

So you guys fikir-fikirlah. Bagi cikbunga kalau dekat, takperlulah menggunakan perkhidmatan ini tapi kalau jauh macam luar dari negeri tersebut, berbaloi lah kalau nak menggunakan perkhidmatan ini.

Setuju tak?


facebook : bbwbooks

1 comment:

  1. Macam saya, lebih suka pergi sendiri sebab kita ada banyak pilihan buku yang bole kita belek.Tapi saya tak nafikan apa yang awak mention dalam entri ni.

    Btw BBW ni takde kat tempat awak ke?

    Haritu saya dah pergi BBW seremban 2,next destination nak pi BBW Melaka Di Mitc.

    InsyAllah kalau tiada aral melintang sampailah saya...heheh

    Buku terlalu banyak sampai taktahu nak pilih yang mana kan?

    Pss pssss....buku saya banyak pending utk dibaca.kekeke

    ReplyDelete

Tinggalkan komen ? Terima kasih