Monday 27 August 2018

[ Mesej Berantai ] Jangan Ucap Salam, Sila Tulis Penuh, Assalamualaikum


"jangan ucap salam, sila tulis penuh, assalamualaikum. Salam dalam bahasa yahudi bermaksud saya cinta dajjal.satu lagi, jangan guna lafaz a'kum, perkataan 'akum' adalah gelaran untuk orang orang Yahudi kepada orang-orang bukan yahudi yang bermaksud binatang. dalam bahasa ibrani, ia singkatan daripada perkataan 'avde kokhavim u mazzalot' yang bermaksud 'hamba hamba binatang dan orang orang sesat. jangan terpedaya dalam konspirasi yahudi untuk hina ugama kita. ini semua adalah rancangan sulit dajjal nak rosakkan ummat islam.
Woha !

 apa niat korang bangkit isu remeh temeh sebegini? nak tunjuk pandai? rasa diri lebih afdal dari orang lain? rasa orang lain hina sebab tak jadi macam korang?

oii bakal ustaz semua, dengar sini! dalam dunia penulisan, orang tulis short word bukan maksud nak hina agama. mereka malas nak tulis panjang-panjang sebab nak cepat dan jimat ruang, atau memang pemalas. langsung tak salah. kalau salahpun, bab menyusahkan orang tua yang tak faham singkatan ayat. aku gelar orang yang tulis ayat singkatan sehingga menyusahkan orang nak membaca sebagai "perasan unik". takde kena mengena dengan menghina ugama.

bab kaum yang ada sama makna 'avde kokhavim u mazzalot' yang bermaksud 'hamba hamba binatang dan orang orang yang sesat' aku peduli apa?

aku ulangi, aku peduli apa! bahasa ibrani? ada aku kesah? habis tu kau tak tahu ke maksud email forward dalam bahasa yunani hulu kuala berang. yang mana maksudnya, orang yang percaya pada semua email forward adalah bodoh dan senang diperbodohkan !

*****kredit : hamka kereta mayat*****
dipetik dari buku MENANGKAP DAJJAL DI WAKTU DHUHA
HALAMAN ; 16, 19 & 20
PENULIS : HAMKA KERETA MAYAT


Sesungguhnya apa yang ditulis oleh beliau sangatlah betul gaissssss. bukannya apa, aku berani jamin korang pun pernah dapat mesej forward macam yang aku quotekan tu kan ?
secara jujurnya aku pun pernah terjebak dengan benda ni. aku pergi forward dekat semua contacts aku. maklumlah masatu fikiran cetek lagi, pantang nampak mesej "panas" macamni terus je sebar nak jadi orang pertama yang sebarkan berita kononya

bila dah besar sikit, eh dapat lagi mesej macamni? padahal 2-3 tahun lepas mesej ni dah tersebar. Hahahahaha rasa nak tergelak aku tengok orang yang pertama kali dapat mesej macamni terus percaya bulat bulat. tapi aku taknak kecam diorang sebab aku sendiri pun pernah macamtu.

Sebab apa boleh jadi macamtu ?

  • sebab kita semua malas nak kaji sumber mesej ni
  • sebab kita semua terlampau taksub
  • sebab kita semua mudah ditipu
  • sebab kita punya fikiran yang sempit 
setuju tak ?

kalau kita punya minda yang terbuka, kita takkan kisah dengan hal remeh temeh penggunaan bahasa ni selagi tak merosakkan akidah.
kalau kita rajin selidik dulu mesej macamni, kita takkan sebarkan sebab kita tahu sumbernya tak jelas.

aku setuju sangat degan apa yang ditulis oleh beliau. sangat sangat setuju. aku pun akan bagi jawapan macamtu kalau ada sesiapa yang berani forward mesej macamtu dekat aku. yelah, orang yang forward ni pun takkan takde common sense langsung ye tak ? like seriously, aku takfaham kenapa ada yang suka sangat sebarkan mesj berantai macamni. bukan ni je, banyak contoh lain macam kiamat lah, yakjuj makjuj lah. amboiiiii seronok sebarkan benda tak betul dan takutkan orang lain ?

SO, kalau korang dapat mesej macamtu apa yang korang nak buat? forward atau biarkan? 

18 comments:

  1. Ade jugak dapat..byk je.. Tgk dan selidik dulu. Kalau ia sahih, sebarkan lah..sbb boleh bermanfaat pada org lain jugak. Tapi kalau sekadar menakut²kan org, abaikan aje..

    ReplyDelete
  2. Kalau dulu sah-sahlah forward hikhik tapi sekarang entahlah

    ReplyDelete
  3. skrg dah jarang nak forward msg3 ni. huu

    ReplyDelete
  4. mmg dari dulu jarang nk forward surat berantai gitu...sebab belum tentu kesahihannya..

    ReplyDelete
  5. Biasanya lepas baca..akan delete..jarang fword.. :)

    ReplyDelete
  6. Takpnh rasa nak forward msg cemtu

    ReplyDelete
  7. biarkan... sebab tau mengarut!

    ReplyDelete
  8. Setuju bab malas nak kaji tu..tapi Hamka Kereta Mayat punya ayat tu kasaq betoi..sakit dada mak baca :P

    ReplyDelete
  9. pernah dgr ustaz ckp, apa pun niat kita betul..insyaallah betul

    ReplyDelete
  10. Padam je terus kalau dah sahih tak betul. Kena selidik dulu yang penting.

    ReplyDelete
  11. Tak salah pun kalau nak tulis penuh pun... nie semuanya nak short cut...

    ReplyDelete
  12. dulu kalau orang hantar ni percaya la jugak, skrg baca boleh, nak forward ke apa mmg tak la terus je deletye

    ReplyDelete
  13. dari dulu sampai skrg dapat mesej² macam ni especially kat whatsapp. bila baca the entire text, it feels like i was being blackmailed. but yeah, i don't believe in superstitious things. plus, i'm also practicing my religion but i only follow the correct teachings

    ReplyDelete
  14. Kak Feni baca kemudian delete. Jarang nak foward dekat orang lain.

    ReplyDelete
  15. Cukup menyampah dengan orang yang suka foward foward mesej nie.. Sha kalau dapat memang delete terus.. Melainkan mesej tu berkaitan kerja..

    ReplyDelete
  16. Kena yakin masej tu fakta baru boleh forward kan. Btw saya agent imaan kalau berminat pakai serum dengan jardin boleh pm. Tisu imaan pun ada Cod Klang, shah Alam

    ReplyDelete

Tinggalkan komen ? Terima kasih