Tuesday, 14 August 2018

Life as a jobless person


hi guys ! harini aku nak share dengan korang rutin aku atau apa yang aku buat sepanjang jobless ni. aku sekarang baru je berhenti kerja sebab dah nak masuk universiti, so biarlah aku buat persiapan.

jobless. ya menganggur. takde kerja, takde duit.
happy ke?

honestly ya sebab aku dah tak stress dengan kerja. alhamdulillah. lagipun ni keputusan aku sendiri.


  • JADI SURIRUMAH

okey this is the first thing ; jadi suri rumah. for your information, aku ni bukanlah kaki merayap yang selalu keluar rumah walaupun aku ada lesen motor dan kereta. tapi kalau ada orang ajak aku onz je. aku cuma keluar bila orang ajak je. kalau sendiri memang takde lah.

pagi tu aku mandi, basuh kain, sapu sampah, tengok tv
tengah hari aku makan, ambik adik dan hantar adik pergi sekolah
petang tengok tv, lipat kain, and others

see ? lifeless kan ? tapi takpe aku bahagia. ewahhhh


  • BLOGWALKING


sejak dah jobless ni aku makin aktif pulak main blog. aku memang suka baca post yang panjang panjang hehehe. dan aku rasa sementara aku free ni lah nak blogwalking dan schedule post banyak banyak. hmm setakat ni dah banyak aku schedule post, kot kot lah aku busy nanti kan ?


  • BISNES ONLINE/DROPSHIP


sekarang aku tengah run bisnes jual baju dan minyak wangi. sebelum ni aku pernah join dropship jugak tapi aku quit sebab busy study masatu. so sekarang aku run bisnes balik, sambil sambil buat income. aku suka dengan jadi dropship ni sebab mudah, aku tak perlu keluarkan modal & takperlu pegang barang. sambil sambil main phone tu, duit pun masuk.


  • WORKOUT 

sekarang aku tengah aktif diet hahaha. dekat rumah aku selalu workout since aku ada banyak masa. aku selalu buat plank, push up, main skipping, jog, main basikal and kadang kadang buat senaman ringan. dari dulu aku teringin nak workout tapi dulu aku terikat dengan kerja & sekolah. sekarang ni ada masa baik aku workout. diet pun senang kalau dah kat rumah je, trust me. 



setakat ni tu je yang aku buat masa "cuti" ni. kalau ikutkan plan aku, banyak lagi benda yang nak aku buat tapi masa dan keadaan tak sesuai lagi.

selain tu, aku ada jugak tengok movie, baca buku tapi takdelah seaktif tiga benda ni thats why aku tak cerita. okeylah sampai sini je kali ni.aku mintak maaf kalau tulisan aku ni berterabur sebab aku bukan reti nak susun ayat. aku cuma taip apa yang ada dalam otak aku.
sekian terima kasih. bye



30 comments:

  1. Assalamualaikum Aisyah,
    It's okay Aisyah jobless bukan pengakhiran hidup..
    At least Aisyah pandai guna masa sementara tunggu masuk U..
    All the best to you in the future..

    ReplyDelete
  2. Salam.. akak singgah sini jap. Thanks sudi baca blog akak juga :)

    ReplyDelete
  3. walaupun jobless, tapi u bijak isi masa yg ada dengan benda2 berfaedah...gud job dear!

    i doakan semua urusan u dipermudahkan ye...

    ReplyDelete
  4. Banyak boleh buat bila duduk rumah ini.. Bukan senag nak berehat macam ini bila dah mula sambung belajar ye tak..

    ReplyDelete
  5. Jobless tapi jadual padat jugak tu.. so mcm tak jobless sgt.. hehe

    ReplyDelete
  6. Jobless sebab tunggu nak masuk U takdelah teruk sangat tu.
    Kalau betul-betul jobless dan sedang mencari kerja ha yang tu memang stressed

    ReplyDelete
  7. boleh dikatakan aktiviti yang sibuk jugak ni..takpe, lepas ni sibuk study dah.

    ReplyDelete
  8. Haha. Saya pun jobless juga sekarang ni. Baru saja tamat degree. Sekarang tengah menggagau cari kerja. KITA SERUPA

    ReplyDelete
  9. ok la tu..byk aktiviti utk isi masa lapang

    ReplyDelete
  10. Sem break ni nak kerja ayah tak kasi, so kita duduk umah je buat apa yg patut

    ReplyDelete
  11. oklah tu dari tak buat pape. Gud job aisyah buat doorship senang tak pening nak pegang stock

    ReplyDelete
  12. salam balas kunjungan. tq follow akak. n now akak follow adik. akak pun dah jobless almost 3 years. akak blogging jer untuk jana pendapatan setiap bulan.

    ReplyDelete
  13. Baguslah jobless jobless pon masih produktif. Keep up the good work!

    ReplyDelete
  14. follow sini balik.. sokay nanti habis study baru pikirkan semua hal2 kerja.

    ReplyDelete
  15. Kalau kak ana dulu bosan sikit sebab takde internet. Tak mampu lagi masa sebenarnya. Tp yg lain tu sama je mcm awak buat. Hehe

    ReplyDelete
  16. enjoy life sebelum busy & stress study..

    ReplyDelete
  17. Tq sudi komen di blog akak. Kisah ni bukan jobless yang biasa-biasa. Ini jobless yang berkualiti dan produktif. Bagus betul anak-anak muda sekarang nih. Akak selalu teruja dengan orang yang bersemangat dengan hidup. Good luck k

    ReplyDelete
  18. Samalah kita.. kalau ekin takde nak buat apa2.. mesti time tu rajin betul berbloggig,, hehehe

    ReplyDelete
  19. Jobless... Tapi byk aktiviti dibuat. Memang terbaik.

    ReplyDelete
  20. goodluck.. semoga cemerlang dalam akademik..

    ReplyDelete
  21. For me, masa unemployed dulu, jadi bibik je dekat rumah. Tak buat apa-apa pun.

    ReplyDelete
  22. enjoy your life selagi boleh..yg penting bahagia.

    ReplyDelete
  23. it is good to know that you're doing well doing these activities when you're jobless. always look for opportunities to fill up the free time with positive activities kan? hehe :)

    ReplyDelete
  24. Nikmattilah masa lapang ni sebaiknya dik.nati dah sibuk belajar then kerja kadang nak bersenam pon xsempat,nak diet pon xdapat sbb asyik stress pastu nak makan sedap2 hilangkan stress. Haha. Akak le tu.

    ReplyDelete
  25. bestnya bole rilek2....enjoy the moment pls.... nnti, bz takde da leisure time camtuu

    ReplyDelete
  26. Zumal dah lama tak bersenam dan menjaga diet. Semakin bulat. Hehe

    ReplyDelete
  27. bestnya sis, wlupun jobless byk benda baik dan manfaat yg dibuat... teruskan...

    ReplyDelete
  28. Best life camni sis, me? Nvr experience lagi camtu, abis bljr trus keja dan terus keja, tunggu retired 60 yrs baru boleh camni kot. Insyaallah moga dipanjangkan umur 😁
    Enjy life to the max.

    ReplyDelete
  29. sekali sekala jobless tu perkara biasa..

    jangan risau la

    ReplyDelete
  30. yang jobless je yang faham prasaan orang jobless jugak. huurm its okay.. u hev more time nak luangkan untuk diri sendiri =)

    ReplyDelete

Tinggalkan komen ? Terima kasih