Thursday 4 October 2018

Bermula dari "HI' Akhirnya Terjatuh Cinta Dengan Suami Orang


Hi ? Buat Apa Tu ? Awak Dah Makan ? Boleh Berkenalan ? Awak ni comel la

Tu sebahagian dari msej-mesej yang kerap aku terima di Messenger Facebook. Kalau dah mesej sedemikian rupa, confirm lah dari lelaki. Dan paling buat aku terkejut ialah 45% ialah lelaki yang dah berpasangan. Terpampang gambar gambar bersama dengan pasangan masing masing di profile picture ataupun cover photo. Ada tu yang dah mendirikan rumah tangga, yang dah ada anak pun ada nak "jual minyak". Kononya nak test power market diri sendiri puihhh lah

Aku ni takdelah prajudis sangat tolak semua perkenalan di internet tapi aku ada standard sendiri. Hak orang aku taknak kacau, buat apa nak cari masalah kan ? Kalau setakat like gambar, status atau komen tu aku boleh terima lagi ni kalau dah sampai "jual minyak" AGAK AGAKLAH. sedar diri sikit braderrrr ! Dah tahu kan status diri sendiri, ada hati nak try anak dara orang. Not my taste okey. To be honest, aku memang menolak perkenalan dari orang-orang sebegini. 

Lagi satu, yang jenis reply story orang "nak sikit boleh" dekat gambar makanan pun bagi aku sangat menjengkelkan. Maksud aku jenis lelaki yang aku cakap dekat atas tadi. Dia jadi annoying sebab lelaki tu dah berpasangan tapi still nak try perempuan lain. Kalau nak tanya apa apa, komen sajalah tak perlu nak message mintak nombor bagai, nanti kang lain pulak jadinya ! Tapi aku tak faham kenapa ada gadis-gadis yang tak kisah melayan "HAK SEORANG ISTERI" 
Dalam erti kata lain, tak kisah nak melayan suami orang. Kawan aku pun ada yang terjebak dengan percintaan ni. Astagfirullah

Aku pernah tanya dia, kenapa dia boleh terjebak dalam hal ni. Dia cakap ;
mula mula si lelaki tu banyak bagi nasihat, petua dan tunjuk ajar dalam kehidupan. Dia caring sangat. Lepastu kami jadi adik beradik angkat. Dari perkenalan di alam maya, mula berani mengatur langkah untuk pertemuan secara realiti. Pertemuan penyatuan antara dua jiwa katanya. Bila dah berjumpa, hati mula terpaut dengan bait bait romantik yang dilontarkan oleh si dia. Bermulalah episod cinta atau lebih tepat "kekasih gelap" biarpun si dia perut boroi dan sudah terlihat jelas garis garis penuaan di wajahnya, pejamkan mata sahaja ! yang penting hati suka sama suka. bagi aku dia lah lelaki terbaik.

Tu antara apa yang kawan aku cerita yang dah terjebak cinta suami orang. kawan aku ni bukan tak lawa, cantik orangnya. Ramai lelaki sebaya yang nak kan dia, tapi dia tolak sebab hati dah terpaut pada cik suami orang. 
katanya, suami orang ni lebih memahami, matang dan kewangan yang stabil kalau nak dibandingkan lelaki lelaki yang sebaya dengan kami. Selain cantik, kawan aku ni jugak pandai tapi tu lah.......... hmmm aku taktahu macam mana nak cakap. 

aku pernah tanya dia "tak kisah ke dia dah keluarga sendiri ?"
jawabnya : aku tak kisah, yang penting aku dapat kasih sayang dari dia, jejaka idamanku. peduli apa aku dengan semua tu. 

aku geleng kepala bila mendengar jawapan dia. aku sebenarnya kenal dengan anak si kekasih gelap kawan aku. anak sulung dia lebih tua dari kami. Tapi tak sampai hati pulak nak bagitahu. 
Kalauu aku terus berdiam diri, macam bersubahat pula kan ? Alaaaaa...... apa nak buat ni 
Aku buntu.

Alahaiii..... sampai ke sini pulak cerita aku, sampai kekasih gelap pula. Pokok pangkalnya dari diri sendiri. Diri sendiri yang kena kawal penggunaan "chatting".Sebabtu aku memang tak berminat nak berkenalan dengan hak orang. biarlah kita digelar sombong, daripada perampas. betul tak ? Sebenarnya banyak lagi kisah macamni jadi zaman sekarang, korang boleh tengok kat Facebook. Berlambak. Kalau rasa nak baca masalah masalah macamni boleh taip "KISAH RUMAH TANGGA" dekat Facebook. boleh membawang sekali dekat situ hahaha
 Siapa siapa pun taknak pasangan terlibat kes macamni. Nauzubillah. Semoga kita semua dijauhkan.

Sekarang ni, korang rasa patut tak aku bagitahu je anak kekasih gelap kawan aku tu mengenai hubungan terlarang ni? tapi bagaimana caranya ? aku takde bukti selain apa yang kawan aku cerita. HELP ! 


2 comments:

  1. ughhh memang menyampah kalau baca kisah perempuan yang jatuhkan rumahtangga orang lain. Pentingkan diri sendiri.

    ReplyDelete
  2. now messenger kan dah boleh call2 even bukan friend di FB.. geram betul bila kena cam tu.

    ReplyDelete

Tinggalkan komen ? Terima kasih