Sunday, 21 October 2018

Jangan Main Tulis Saja


baru baru ni ada lah sorang kawan aku ni memberikan link akaun instagram, twitter dan facebook yang dihasilkan oleh girlfriend kawan kepada kawan aku tadi. beria ria dia suruh aku stalk satu persatu post dalam setiap media sosial perempuan yang cun melecun tu. aku memang suka habiskan masa dekat facebook, instagram, twitter dan sebagainya ni terutamanya yang memarkan info kesihatan yang menarik macam di facebook ada page Khairul Yoi, Dr Rafidah Abdullah, Che Puteh Osman dan kalau di twitter ada team doktor yang selalu share info berguna dalam bidang masing masing. 

okey berbalik pada cerita tadi, aku memang tak larat nak stalk setiap post sebab terlampau banyak, panjang dan agak membosankan! sebab apa ? semua pasal couple, ya mengenai percintaan dia. jadi aku pun review setakat mana yang aku mampu sahaja. jadi bila aku cakap dekat kawan aku yang aku dah baca post post dia, kawan aku tanya :

"apa pendapat kau mengenai perempuan ni dan percintaan kawan aku ni? sweet kan?" 
aku pun menjawab :
"biasa je lah, baca sikit mampu la baca banyak tak mampu sebab geli. aku ingatkan dah kahwin rupanya belum tapi post macam dah kahwin 10tahun." 
 tergelak kawan aku tu. lepastu dia cakap :
sebenarnya ramai yang hentam dia balik dekat komen tu. terlalu mendedahkan privacy dan kisah cinta, sampai ramai pulak yang meluat. aku ada baca komen yang menghentam dan ada jugak yang menasihati supaya tidak terlalu show off. tapi memang funnylah baca komen komen tu.

bagi aku media sosial ni memang tempat kita berkongsi, meluahkan dan berhubung. tapi tak dinafikanlah ada yang menggunakan media sosial ni yang menjadikan media sosial ni sebagai tempat menghentam orang ataupun tempat untuk memaparkan sesuatu yang tidak sesuai dipaparkan di internet. sebenarnya memang berlambak kisah rentetan cinta kat media sosial sekarang ni jadi aku tak salahkan perempuan tu tadi. 

aku setuju dengan kawan aku tadi, terlalu mendedahkan privacy pun tak elok juga. apa kata reserved privacy tersebut. bukanya apa, bila dah terlampau terdedah, bergoleklah bahaya datang nanti.

bukan sahaja di facebook, twitter, instagram tapi dekat blog pun ada. ramai blogger yang mengekspresi luahan jiwa di blog. blog ni memang hak kita, kita bebas untuk tulis apa sahaja tapi privacy kena juga jaga. tak bolehlah tulis secara detail mengenai diri kita dalam blog ni. bukan apa, dari orang lain taktahu details pun boleh tahu details. 
bila menulis ni kena berhati hati sebab bukan semua orang faham untuk siapa yang kita tujukan, apa yang sebenarnya kita nak tujukan.

  • kadang kadang kita nak bagi inspirasi dekat orang lain tapi ada yang salah faham cakap kita nak menunjuk

  • kadang kadang kita nak berkongsi kegembiraan dengan kekasih tapi mungkin ada yang dengki


aku ingin katakan di sini, untuk diri sendiri dan semua pembaca yang membaca post ni, jagalahh ruang privacy masing masing supaya tidak disalah ertikan. jangan terlampau show off kisah cinta yang belum tentu jadi. buat yang dah berkahwin, jangan terlampau berkongsi kisah rumah tangga anda. kongsilah perkara perkara yang boleh menjadikan isnpirasi kepada orang lain

ambillah nasihat ini dari sudut positif. biarlah jadi low profile, itukan lebih bagus. 

13 comments:

  1. There are things that is okay to share but kene tahu jugak of which not to.

    ReplyDelete
  2. Betul.Kak PC setuju.Lebih baik sederhana dan menjaga.

    ReplyDelete
  3. kisah cinta tak semestinya ke jinjang pelamin...

    ReplyDelete
  4. Setuju sangat.. tapi yang selalu shiw off nie budak yang baru bercinta.. pasangan kahwin jarang show off macam nie.. sesekali baru lah keluar gambar sweet sweet..

    ReplyDelete
  5. kadang kadang terasa nak show off tapi selalu fikir byk kali la

    ReplyDelete
  6. Betul! Setuju sangat .. sedang-sedang sudahlah. Lebih-lebih nak baca pun taknak

    ReplyDelete
  7. setuju sangat2....
    akak kadang meluat gk ngn gaya pakwe makwe zmn skrg ni yg over kadang kt fb kt ig sayang2 love u... sedangkan lum jd suami isteri pun...

    bkn apa, tgk couple2 ni mmg indah semua nnti dh kawin.... hmmmmm hadapla

    ReplyDelete

Tinggalkan komen ? Terima kasih