Sunday, 7 October 2018

Cita Cita Yang Terkubur

Hai guys. Harini aku nak cerita mengenai cita cita yang terkubur. Hahahahaha actually aku tak sure perkataan "terkubur" tu sesuai atau tak...sebenarnya hari ni aku nak share my list cita cita. alkisahnya,saja kemas bilik petang tadi, ntah macam mana boleh terjumpa buku diari masa sekolah rendah dulu. dalam tu aku ada tulis apa cita cita aku dan aku rasa tak salah kalau aku share dekat sini

okey guys korang ingat lagi tak mula mula sekali cita cita korang ? korang ada cita - cita since umur berapa ?

  • JURUTERBANG 

aku start ada cita cita sejak umur 5 tahun. masa umur 5 tahun aku dah bersekolah dan masa tu my teacher asked me :
"dah besar nanti nak jadi apa"
"saya nak jadi juruterbang cikgu, boleh terbang jauh"
HAHAHAHAHAHA TOO YOUNG TOO DUMB 
tapi takpelah kan masatu budak budak lagi. semua cita cita nampak mudah. aku simpan cita cita ni sampai ke sekolah rendah. seingat aku sampai aku darjah 5 kot.

  • MODEL

masa aku darjah 5 masatu tahun 2005, aku selalu tengok cerita project runway. kalau korang tak ingat, boleh google. Masatu season pertama kalau tak silap aku. 
since that day, aku simpan cita cita nak jadi model HAHAHA. I dont know why tapi masatu aku selalu berangan yang aku ni akan jadi model nanti. masa umur tu, aku dah start jaga muka dan jaga rambut. kalau pergi keluar, aku akan makesure, aku pakai baju cantik cantik hahaha fuhhhh zaman tu kemain lagi aku ye.

oh ya, maksud aku jaga muka tu bukanlah main make up atau pakai skincare...maksud aku, masatu aku selalu pakai bedak compact haha. bukan bedak mahal ye guys, bedak yang murah. aku jugak dah start bawak bedak pergi sekolah masatu. fuhhh penangan nak jadi model punya pasal. 

aku bawak cita-cita aku ni sampai ke darjah 6. sekejap je cita cita aku ni bertahan

  • PAKAR BEDAH
Okey, masa darjah 6 aku masuk kelab medik (aku tak ingat apa nama penuh kelab ni). dekat kelab ni aku banyak didedahkan dengan kerjaya seorang doktor. dan yaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa aku terpengaruh lagi. aku tukar cita cita aku dari nak jadi seorang supermodel international kepada seorang pakar bedah. and masa tu jugak aku terpengaruh dengan cerita cinta medik. i will insert the picture below for those yang dah lupa atau adik adik yang tak pernah tengok cerita ni
credit : google image
aku tak ingat ni cerita tahun bila tapi aku memang terpengaruh dengan cerita ni. aku simpan cita-cita aku ni sampai ke sekolah menengah. masatu aku taktahu lagi laluan/realiti sebenar kerjaya seorang doktor ni. aku cuma didedahkan dengan perkara yang indah indah je dan gaji yang besar.

  • PEGUAM
masa sekolah menengah, aku masuk sekolah agama. di tingkatan 1 aku setia lagi dengan cita cita aku ni sampai lah aku tingkatan 2. aku ingat lagi masatu, cikgu kaunseling ada buat sesi laluan kerjaya dan cikgu aku cakap 
"kalau nak jadi doktor, tak boleh teruskan sekolah sini. lepas tingkatan 3 kena keluar cari sekolah yang ada aliran sains sebab nak jadi doktor mesti dari aliran sains dan sekolah ni takde aliran sains"
mula-mula aku plan lepas pmr aku nak tukar sekolah, cari sekolah yang ada aliran sains tapi aku tak jadi pindah sebab aku nak ambik SIJIL MENENGAH AGAMA (SMA). aku pun tukarlah cita cita aku.
tiba tiba je aku nak jadi peguam. okey guys, ni serius. kali ni bukan sebab aku terpengaruh atau didedahkan tapi benda tu datang tiba tiba. sejak dari tu, aku rajin surf internet macam mana nak jadi peguam. a long journey

dan disebabkan ini, aku target 6A SPM untuk layakkan diri ke asasi undang-undang


  • LOST/ HILANG ARAH

apa yang aku target tak dapat. aku dah hilang arah lepas spm. masatu aku pening nak kemana dan masatu jugak berlambak lambak surat tawaran dari ipts. aku tengok kos kos tu tapi aku macam tak berminat. kalau aku minat pun, aku rasa tak sesuai dengan kelayakan akademik aku. akhirnya aku masuk ke FORM6 ambik STPM. 
subjek yang aku ambik :
BM
PENGAJIAN AM(WAJIB)
SEJARAH
SASTERA
MUET (WAJIB)

Aku ambik subjek tu sebab aku minat bukan sebab aku dah set cita cita aku. aku belajar, just follow the flow bak kata orang.
  • SAINS POLITIK, INTERNATIONAL RELATIONS & STRATEGIC STUDIES
aku minat subjek pengajian am masa dekat form6 dan cikgu aku suggest aku sambung dua(salah satu) kos tu. aku dah start google pasal kos ni. FUHHH RUPANYA KOS NI DEKAT TOP5 UNIVERSITI DALAM MALAYSIA, UM DAN UKM. AKU DAH START GOYAH MASATU. 
aku tanya member aku yang dah sambung ijazah dalam kos ni, dia cakap :
kalau english tak strong jangan ambik. make sure betul betul minat, jangan ingat pandai pengajian am, pandai jugak kos ni
fuhhhhhh
aku memang minat sangat dengan kos ni. aku pun suka kerjaya dalam kos ni


  • IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN BAHASA MELAYU
  • IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING 
okey ni cerita masa nak isi UPU. Aku sebelum ni tak pernah terfikir atau plan pun nak ambik pendidikan. masa nak isi upu tu tiba tiba hati aku tergerak nak isi dua kos ni. aku percaya ALLAH yang gerakkan hati aku. 
aku pun ada letak dua kos yang aku minat tu tapi pilihan bawah bawah. 
oh ya, aku pernah update pasal pengalaman aku pergi interview kos ni

UJIAN MEDSI : UJIAN MEDSI
INTERVIEW : INTERVIEW UPSI
KEPUTUSAN : KEPUTUSAN UPU

  • AND NOW HERE I AM
alhamdullilah. Allah itu MAHA BIJAKSANA, ALLAH MAHA MENGETAHUI, ALLAH PERANCANG TERBAIK. 
aku pun tak sangka akhirnya ke sini. 

bagi aku, semua cita cita tu tak pernah terkubur tapi tu semua memori. memori yang aku nak simpan sampai bila bila...lagi lagi bila excitednya aku bercakap soal cita cita yang aku minat.

kadang-kadang, aku rasa kesian bila tengok orang lain terpaksa tukar cita cita sebab tentangan dari keluarga, masalah kewangan, kesihatan dan masalah lain. cita cita aku tak pernah ditentang walaupun dulu pernah nak jadi model, pilot dan doctor which is kos yang sangat tinggi (keluarga aku tak kaya, mungkin masa tu mak ayah aku tahu yang aku akan tukar cita cita)

untuk yang tengah belajar dalam kos bukan pilihan sendiri tu, jangan give up okey. restu mak ayah tu ada,insyallah semua dipermudahkan.

untuk yang takde rezeki nak sambung belajar, it is okey dear. masih banyak lagi goals yang korang boleh kejar. jangan rendahkan diri sendiri.


so guys, kalau korang tak kisah komen lah apa cita cita korang dulu dan kat mana korang sekarang ? maksud aku, dalam haluan tu lagi atau sudah menyimpang ke jalan lain. 

oh ya, SIJIL MENENGAH AGAMA (SMA) ni peperiksaan besar untuk kami form4 yang sekolah agama atau nama sekolah SEKOLAH AGAMA MENENGAH. (untuk negeri selangor, negeri lain aku taktahu)
peperiksaan ni guna sillabus al-azhari, maksudnya semua dalam bahasa arab. jawab subjektif
ada 10 subjek yang kami kena ambik. subjek spm masa form4 tetap kami ambik dan ditambah pulak dengan subjek SMA ni jadi tahun tu kami belajar 20 subjek. 
silibus alzahri ni dari form1 kami ambik tapi periksanya masa form4.
kalau result power, boleh sambung STAM.
STAM ni setahun je, lepas spm serupa stpm lah...kena pergi sekolah. lepas stam boleh ke degree

bye. selamat malam. kalau tak faham apa apa boleh tanya aku kat komen okey



6 comments:

  1. Cita-cita tu sebenarnya bukan berkubur, cuma ia bertukar arah seiring dengan kematangan kita berfikir. Apa pun, memang penting untuk kita set cita-cita kita dari awal untuk tau hala tuju kita...

    ReplyDelete
  2. Kebiasaan dari zaman kecil kita memang akan berubah cita-cita yg diimpikan. Cit-cita kak Leya dulu kalu seingat nya lah:
    Guru
    Saintis
    Interior Designer

    Tapi naik sekolah menengah tingkatan 4 mula minat bahagian komputer. So sehingga skrg berkecimpung dgn komp. Dan kerjaya akk sekarang adalah Eksekutif IT.. Haha.. Sama kan..byk berubah juga

    ReplyDelete
  3. Dulu teringin juga nak jadi pilot tapi tak mampu nak pergi flying school so berkubur setakat situ sahajalah.

    ReplyDelete
  4. Bestnya baca post ni..rasa inspired pula..
    sya tak taula nak jadi apa next year masuk form 4 tak pikir dalam2 lagi nak amik course apaa sebab tentukan masa depan kan..spm lagi huwaaa takut..
    anyway all the best!

    https://mylittlestoryi.blogspot.com/2018/10/its-over.html

    ReplyDelete
  5. Dulu cita-cita nak jadi cikgu, pensyarah & ahli farmasi. Tapi sekarang ni study bioinformatics, jauh perginya😂. Tak sangka kita sama umur rupanya. Good luck for your study, Aisyah. Betul kata awak, yang penting restu ibu bapa. Walaupun tak dapat sambung belajar dalam bidang yang kita minat, kita seharusnya bersyukur sebab sekurang-kurangnya kita ada peluang untuk sambung belajar.

    ReplyDelete

Tinggalkan komen ? Terima kasih