Thursday, 14 November 2019

Adab Lepak Bilik Member


haiii assalamualaikum. rasanya lama bercerita dekat sini. blog memang ada new post tapi bukan cerita panjang macamni. tiba tiba hari ni rasa macam nak menaip panjang panjang pulak. actually benda ni simpan lama dah tapi belum ada masa nak menaip.

hari ni nak share sikitlah dengan readers semua mengenai adab lepak bilik kawan atau common sense

okey, lepak bilik member ni benda biasa je sebenarnya bagi student, kan? if korang stay asrama masa sekolah dulu pun, benda ni lagi lahhh jadi kebiasaan korang. tapi sebab benda ni dah macam jadi norma kehidupan seorang pelajar, maybe ada some of us yang terlupa adab adab ni. 

so today, just nak ingatkan je apa adab adab kita bila lepak bilik orang.

 1. Datang bilik kawan, jangan makan atas katil dia
walau apa pun yang jadi, se rapat mana pun korang dengan member tu..plis hormat tempat tidur dia. adalah sangat tak beradab ye bila korang suka suka je makan atas katil dia. makan aiskrim lah, makan jajan, makan kerepek dan segala macam. JANGAN. bukan apa, just takut terkotorkan cadar dia. UNLESS kalau member tu sendiri yang ajak makan atas katil. tu takpe. tapi kalau tuan bilik senyap je, jangan. 

2. Sila hormat roomate dia
ini in case kalau time korang datang tu ada roomate dia, sila hormat. jangan sembang kuat kuat sampai roomate dia terganggu, kalau nampak roomate dia busy jangan sibuk banyak tanya. korang jangan conquer bilik tu sampai roomate dia yang kena mengalah buat kerja luar bilik. plis eh. hormat sikit. jangan sebab korang, roomate korang bermasam muka dengan kawan korang tu

3. Sila tepati janji
yanggg ni yang paling penting bagi cikbunga. katakan lah, korang dah janji nak datang bilik kawan nak buat assignment, so sampai je bilik teruslah buat assignment. jangan sampai tu, guna wifi rumah kawan pergi otp/video call dengan boyfriend/girlfriend. amboii amboiii kemain yee. ni dah kira penipuan tau. yang morang pun tunggu lah bila si member ni nak start buat assignment, last last sampai ke sudah otp je. INI SANGAT ANNOYING


4. Jangan buat macam bilik sendiri
haaaaa yang ni cikbunga taknak ulas panjang panjang lah. semua orang faham kan? kalau tak faham, boleh komen. hahahaha

5. Jangan susahkan kawan
datang bilik orang, behave. jangan susahkan orang. jangan demand nak tu nak ni

6. Sila jaga aib/aurat
haaaa part ni paling penting. kalau datang tu, janganlah buat story sampai nampak yang tak sepatutnya, jangan lah selfie ada background yang tak manis dan jangan alihkan kamera dekat kawan yang memang tak ready time video call.



okeylah korang, setakat ni je nak share. thanks sudi baca. xoxo, love.

kalau ada komen, nak tambah lagi, boleh lah komen di bawah. untuk peringatan bersama. 
kalau ikutkan pengalaman banyak lagi sebenarnya common sense yang perlu dijaga. tapi apa apa pun, sila ingat adab kita sebagai tetamu.

7 comments:

  1. betul tu dik,, kalo akak pon pantang orang nak duduk atas katil hiiii,,

    ReplyDelete
  2. Hehe, setuju dengan adab2 tu :)

    ReplyDelete
  3. Setuju sangat²... Terutamanya bab katil. Akak pun sejenis tak suka orang melepak atas katil lagi² kalau yang jenis suka landing sambil bawak jajan. Adoi!

    ReplyDelete
  4. setuju !!!!! Dulu waktu study pernah ada beberapa membe yang macam nie . Dan saya nak share kisah sorg senior saya nie , dia jenis yang pantang cadar katil berkedut . Means dia sendiri lepas bangun daripada tidur terus duduk bawah , tak duduk atas katil dia dah . Ada beberapa makcik bawang datang pergi duduk atas katil dia dan tak kemas semula macam yang dia kemas , memang dia mengamuk la .

    ReplyDelete
  5. setuju sangat, yg penting kena tahu hormat orang dan hak orang tu.

    ReplyDelete
  6. betulll. walaupon dia kawan rapat dan benarknan.. better tnye pape dlu
    air freight
    borong china
    beli barang dari china

    ReplyDelete

Tinggalkan komen ? Terima kasih