Friday, 20 March 2020

LIFE UPDATE : 2020


Bismillah assalamualaikum. hai korang, sihat tak tu? cik bunga harap korang semua dalam keadaan sihat sejahtera dari segi fizikal, mental, rohani. insyallah. lamanya cik bunga tak post entry, last post pun tahun lepas hahahhaha amboi

WELCOME 2020! & FINAL EXAM
permulaan tahun baru yang agak mencabar sebab nak kena hadap final exam. but yeah, alhamdulillah di berikan kesihatan sepanjang minggu exam. tak cukup tidur, tak cukup makan, stress, penat tu semua normal lah kan student nak exam? alhamdulillah allah permudahkan urusan.

CUTI SEM 
dalam bulan yang sama ada exam dan ada cuti sem. cuti sem kali ni tak lama pun, sebulan je. 4 minggu. 
  • 2 minggu dihabiskan dengan buat praktikal di sekolah. omg yang ni cik bunga rasa nak update satu entri khas untuk share pengalaman cik bunga buat praktikal dekat sekolah sendiri. wait yaaaa
  • okey, lepas je habis buat praktikal dekat sekolah tu cik bunga terus pergi short vacay dengan kawan kawan dekat perak.
  • kami pilih dekat perak sebab bajet kami semua yang ciput, dan masa yang agak mencemburui kami semua. ada di antara kawan cik bunga yang kena balik U awal so kami tak boleh lah nak bercuti lama lama
  • but it is okey. kami semua masih have fun!
RESULT EXAM 
alhamdulillah dalam bulan yang sama juga, terus dapat result final haritu. result biasa biasa je tapi banyak sangat peningkatan dari yang sebelum ni. bukan tu yang cik bunga kisahkan, cik bunga just bangga sangat diri sendiri sebab mampu tingkatkan usaha berbanding sem lepas. sem sebelum ni malas sangattttt nauzubillah. hahahahaha

START A NEW SEMESTER!
rasa macam sekejap je cuti dah kena sambung semester baru pula. adehhhh. rasa berat hati nak tinggalkan cuti, rumah, family and kawan kawan. tapi apa boleh buat kan? perjuangan harus diteruskan! 

sekarang alhamdulillah sudah berada di minggu ke 5. dah start busy dengan assignment, forum, jurnal and so on. tapi curi masa jugak lah nak update blog ni


oh ya, sekarang cik bunga sedang berehat di rumah sebab cuti covid-19. jadi masa free yang ada ni bolehlah cik bunga meng-aktifkan diri dengan blogging. korang tu pun jaga kesihatan okey? okeylah korang, jumpa lain kali dekat entry yang lain! bye

2 comments:

  1. alhamdulillah sihat je. tengah pikir nak buat review drama2 thai dengan english

    ReplyDelete
  2. Well, I really hope 2020 would be a better year but it turns out the other way around but still a little better.
    Alhamdulillah. stay safe and take care ya

    ReplyDelete

Tinggalkan komen ? Terima kasih