Wednesday 14 August 2019

BERBALOI KE BELI BARANGAN "PRELOVED"?





Hai. Maaflah lama tak update sini bukan sebab busy tapi sebab takde idea nak menaip walhal dalam kepala macam macam dah fikir nak update apa.

Berbaloi ke beli barangan preloved? Sebelum tu, preloved ialah barangan orang lain yang pernah digunakan dan dijual semula dengan harga yang lebih murah. Tak keterlaluan rasanya kalau nak cakap barangan bundle atau second hand.

Baru baru ni cikbunga berkenan dengan sebuah novel fixi ni lepas baca review dari blogger masa blogwalking, so cikbunga pun carilah online dekat kedai kedai buku online terutamanya kedai fixi. Malangnya buku tu dah tak dicetak. Sob sob
But then, ntah macam mana ternampak posting dekat facebook orang nak preloved buku tu. I was so excited, yelah dah dapat apa yang kita cari kan? Tapiiiiiiiiiiiiiiiii ni first time cikbunga beli barangan preloved. Sebelum ni takpernah pun. Jadi cikbunga tertanya tanya jugak berbaloi ke kan beli barangan preloved ni? Lepas dah puas hati chat dengan seller tu dan dah tengok condition tu, cikbunga pun terus beli. Berdebar jugak masa nak tunggu barang tu sampai. Siang malam terfikir hahahahahaha I don’t know why.
Bila barang dah sampai..
Taraaaaaaaa! Condition dia memang bagus, sama macam baru. Cikbunga puas hati betul.



Jadi sejak dari situ lah cikbunga start usya usya barangan preloved yang lain. Cikbunga start join group barangan preloved dekat facebook sebab nak cuci mata je dulu. Tup tup ter-order beberapa helai baju preloved hehehehehe…
Condition? Memang power! Tak expected tinggi sangat pun tapi bila barang dah sampai rasa excited pulak sebab condition dia masih elok. I mean, warna dia tak pudar lagi, jahitan pun masih kemas. Boleh lah kalau nak buat pakai pergi kenduri rewang, pakai dekat rumah, pergi class pun takdehal lah. Actually, preloved ni sangat sesuai dekat orang yang tak kisah sangat sama ada pakai baju baru atau tak. Sesuai untuk yang jenis “asalkan cantik, aku beli je la” dengan yang jenis ‘asalkan murah, memang aku beli lah
Tapi sebenarnya, nak beli barangan preloved ni pun ada tips dia juga. Antaranya ;
  • Kena tengok betul betul condition dia?
  • Kena tanya jugak seller tu dah berapa kali pakai?
  • Kena tanya jugak ada defeat tak?
Itu antara tips yang cikbunga boleh share. by the way, ni pendapat peribadi cikbunga saja. kalau memang tak minat barangan preloved tu takpe lah, lain orang lain citarasa kan?

jadi, apa pendapat korang pulak dengan barangan preloved ni? berbaloi ke beli?




**sorry takde gambar original

7 comments:

  1. Berbaloi kalau dapat seller yang jujur, barang masih baik. Janji cantik, beli jela! hehe

    ReplyDelete
  2. thanks for sharing tips ^^

    ReplyDelete
  3. Bagi sy berbaloi tapi tgok baranglah.. selalunya sy beli buku, rak/meja, kadang ada yg brg elektronik mcm iron & heater.. mostly beli dr student yg dah habis study

    ReplyDelete
  4. selalu juga beli novel preloved, setakat ni alhamdulillah dapat seller yg jujur dan condition buku pun tip top, kira berbaloi sgt dgn harga yg dapat.

    ReplyDelete
  5. tak pernah lagi beli brg preloved online, why not kan kalau brg masih elok. boleh dapat harga murah dari harga asal.

    ReplyDelete
  6. bagi kaella oke jer barang preloved ni. kena pandai tengok condition je sebelum beli.

    ReplyDelete
  7. Bagi saya terpulanglah pada keselesaan masing-masing. Kalau keadaan barang tu masih elok dan harganya berpatutan, berbaloilah untuk beli. Tapi saya tak minat sangat barang preloved. Saya prefer untuk beli barang yang baru. Sebab kadang-kadang harga barang preloved tak jauh beza pun dengan harga barang yang baru.

    ReplyDelete

Tinggalkan komen ? Terima kasih