Saturday, 3 August 2019

KENAPA AKU BENCI KELANTAN

Hai. Assalamualaikum readers


Pertama sekali, cikbunga nak mintak maaf pada yang baca tajuk entri cikbunga ni dan terus terasa hati. Cik bunga nak mintak maaf juga kalau ada yang merasakan tajuk ni berbunyi agak racist. Harap kalian semua tidak terus tekan pangkah atau back tanpa meneruskan pembacaan entri cikbunga ni.
 Tujuan cikbunga menulis entri ini bukanlah untuk menyebarkan kebencian terhadap seluruh orang Kelantan ataupun menyebarkan idealogi kenapa kita harus membenci Kelantan tapi cikbunga nak kongsikan sesuatu di sebalik tajuk entri ini.

Baru baru ini, ataupun lebih tepat pada bulan julai lepas negara kita telah digemparkan dengan video sekumpulan remaja perempuan melakukan aksi memijak kita suci Alquran. Video itu telah mendapat ribuan share dan video itu telah menjadi viral dalam waktu yang singkat. Dalam video itu, tidak dinyatakan lokasi kejadian tetapi atas kebijaksaan beberapa pihak, lokasi itu telah dikenal pasti di tanah merah Kelantan.

Oleh sebab itu, pelbagai kecaman telah dilemparkan pada negeri itu hanya kerana video itu. Sebelum ni pun, ramai juga yang membenci  Kelantan sebab jenayah yang dilaporkan oleh media di negeri itu.
To be honest, cikbunga pun sebelum ni anti Kelantan, tak suka Kelantan dan menghina negeri Kelantan. Sebab ? sebab biasanya kalau viral roommate/housemate pengotor je mesti dikaitkan dengan Kelantan. Oleh sebab tu cikbunga ada mindset orang Kelantan ni pengotor, orang Kelantan teruk, orang Kelantan ni penunggang agama. (sorry for being like this). Cikbunga terus je letak tuduhan begitu tanpa pernah jejakkan kaki ke sana, tanpa ada pengalaman buruk dengan orang sana, tanpa pernah berkawan dengan orang sana. Tentunya cikbunga boleh terpengaruh dengan mindset macamni sebab cikbunga memang takde keluarga atau saudara mara yang tinggal di sana.

Sehinggalah…

Sehinggalah cikbunga sambung degree ni dan dapat housemate orang sana. Seperti ada pengajaran  untuk cikbunga.

Bila dah berkawan dengan orang sana, mereka tidaklah seteruk seperti apa yang di viralkan tu. Mereka sama seperti kawan kawan dari negeri lain jugak. Kawan kawan dari Kelantan nil ah yang paling banyak tolong cikbunga. Jadi sekarang, cik bunga dah sedar yang kita tak sepatutnya percaya bulat bulat apa yang diviralkan tu. Tidak adil lah jika kita terus pukul rata dengan semua orang Kelantan. Bukan semua orang Kelantan jahat macam yang selalu kit abaca dekat twitter/fb tu. Pada mereka yang pernah ada pengalaman buruk dengan orang negeri Kelantan tu, I feel so sorry. Pilihlah kawan dan berkawan lah dengan orang yang baik baik.

Lastly, hentikanlah racist terhadap negeri. Cikbunga mintak maaf lagi sekali kalau sepanjang entri ni ada perkataan yang tak sesuai, atau mengguris perasaan mana mana pihak. Korang jangan nak benci sangat dengan orang tu, mana tahu nanti orang yang paling dibenci tulah yang akan tolong korang. 

*mula mula rasa annoying dengan dialek Kelantan, tapi bila dah biasa dengar suka pulak dengar kawan kawan cakap dialek Kelantan..sampai tahap nak belajar kecek.

20 comments:

  1. haha kite pun merasakan bnde yg sama. setiap negeri pun ade je yg jahatnye.. tapi taktau kenapa kelantan paling viral..

    ReplyDelete
  2. pelik2 sungguh remaja2 sekarang. harap diorang insaf. hmm dunia akhir zaman

    ReplyDelete
  3. Kat mana2 negeri pun ada je segelintir yg bersikap buruk tapi mgkn tak diviralkan so org tak tau, tapi entah kenapa bila twrjadi di kelantan je, mulalah jadi isu besar.

    ReplyDelete
  4. Dari dulu sampailah sekarang, memang ada je orang yang tak suka tapii yang peliknya asal cuti sekolah ke apa-apa cuti (dulu atau kini) dekat sinilah yang paling ramai orang datang. Macam-macam nak beli.. macam-macam nak walaupun kat sinilah yang dikutuk²

    ReplyDelete
  5. Kita pernah jugak roomate ngan org kelate. Baik sangat dia. Pembersih sampai tahap ocd. Hahaha. Betul tu. Jangan judge negeri sebab tak semua penghuninya perangai sama kan.

    ReplyDelete
  6. Hehe takpe cik bunga,i feel you.. saffaa org kelate nama start dengan nik tapi bila introduce dkt org lain tak mention nik tu hehe

    ReplyDelete
  7. i have so many kelantanese friends and alhamdulilah they're all good to me.

    ReplyDelete
  8. Sikap dan keperibadian seseorang tu bergantung pada diri sendiri dan bukanlah daripada negeri tempat asal mereka. Saya ada je kawan dari Kelantan. Tapi tak sama pun macam khabar kurang baik yang disebarkan.

    ReplyDelete
  9. As a blogger. we must always learn and reading quality post. like this one advertorial blogger isn't?

    ReplyDelete
  10. Benci tu perkataan negative yang tinggi impak dia baik kepada penulis mahupun pembaca. Kurang suka, kurang minat mungkin. Sekadar berkongsi

    ReplyDelete
  11. Sikap dan sifat manusia itu bukanlah cerminan negerinya.. mana-mana pun ada je yang perangai tak senonoh..

    ReplyDelete
  12. saya pun ada berkawan dengan orang kelantan, and ya, mereka okey je.

    ReplyDelete
  13. Betul tu, tak semestinya apa yang viral apa yang kita dengar tu sahih dan betul kan.

    Hehe. Kalau kelantan ni. Akak suka bab makanan dia.

    Anway done follow sini #240

    ReplyDelete
  14. Besfren mama org Kelantan Masa mula2 dulu bila puak2 kelate berkumpul mama pening dgr Diorg kecem kelate

    ReplyDelete
  15. Dulu saya pun macam ni jugak.

    Kawan adik saya orang kelantan, mak dia punyalah baik, dalam lumpuh2 pun masih gagah singgah rumah nak make sure kami adik beradik rasa kehadiran seorang mak, adik saya pulak sanggup ikut balik kelantan jaga mak kawan dia masa sakit. They are the sweetest.

    Kawan baik saya sekarang orang kelantan, her mother is nice too. setiap kali jumpa mesti ajak tido rumah, masak sedap2 and walaupun dorang semua kecek kelate, entah macamana boleh faham apa yang dorang cakap tapi most of the time blur lah jugak hahahaha

    ReplyDelete
  16. Kelantan ni berpuak2 klau ketua staff di atas habis diangkut semua org dia jer lh perangai cam bangla haaikk tuiihh

    ReplyDelete

Tinggalkan komen ? Terima kasih