Thursday, 29 August 2019

TULIS NOVEL KISAH SENDIRI


hai. lamanya tak menaip dekat sini. Rindu rasanya nak meluah di sini walaupun macam syok sendiri. Pada yang sudi membaca, terima kasih. Tak dapat rasanya cikbunga membalas kunjungan semua

Kadang-kadang selalu terfikir nak tulis novel sendiri. Publish kan buku lepastu bagi baca free, tak mengharapkan keuntungan walaupun boleh menjana pendapatan.

Cikbunga bukanlah berasal dari latar belakang sastera yang mampu menghasilkan bait bait yang sungguh puitis, bukanlah juga dari kalangan orang orang yang banyak membaca dan bukanlah juga orang yang dah pergi beratus ratus bengkel penulisan untuk menghasilkan penulisan yang terbaik. Cikbunga hanya cebisan insan yang mempunyai pelbagai rasa di dalam hati dan juga berbagai buah fikiran yang tak mampu diungkapkan.

Rasa itu seperti sedang berperang dengan perasaan sendiri. Melawan sedaya upaya dengan diri sendiri supaya rasa ini tidak berkekalan.

Allahu. Berat sungguh rasanya. Terasa sempit dada ini.

Tak pasti macam mana nak mulakan dari mana, macam mana, dan bait bait yang sesuai digunakan.

..............................................................................................................................................................

Kadang kadang rasa macam syok sendiri. Sebab kita beria support dia, tolong dia, text dia hari hari tapi dia?
Bukanlah dia tidak memberikan respons langsung tetapi respons dia tidaklah sama hype macam kita. You know that feelings right?
Sampai satu tahap kita akan rasa "okey i need to stop this. I deserve better" and secretly hoping yang si dia akan datang mencari. Ya, memang benar si dia datang mencari dan bertanya kan kenapa kita berubah sikap. Dariii hati yang keras menanamkan sikap ingat berhenti dari beria, tiba tiba hati menjadi lemah dan cair. Kita pun mula jadi senang semula bila bersama dengan dia. Hati rasa tenang semula. Seketika.

Tapi, lama lama si dia mengabaikan kita lagi. Bermulah episod yang sama seperti kisah tadi. Kita pun bercakap dalam hati "ahhhh ni last la aku ws kau, pasni takde la dah kalau aku sorang je yang beria". Si dia pun datang memujuk walaupun tanpa dipinta.


Di satu sudut, kita pun terfikir kenapa dengan diri kita ni? Adakah hati ini terlalu sayangkan dia? Adakah hati ini terlalu mudah untuk dipermain mainkan? 

Kita keliru dengan perasaan sendiri. Kita rasa yang dia dah tak sayangkan kita. Kadang kadang, kita rasa yang dia sayangkan kita. Ah sudah! Apa nak buat ni?

Berkawan macam biasa? Tapi tak boleh control dari jadi manja dengan dia dan nak perhatikan dia.

Jangan layan dia sangat? Ah sukarnya rasa sebab si dia sangat pandai bergurau sehinggakan kita lupa yang kita tengah terasa dengan dia.

Hampir saja memulakan cerita di dalam draft microsoft word. Ah! Aku buntu dengan perasaanku sendiri...

Saturday, 24 August 2019

CONTACT LENS WARNA WARNI? BAJET OMPUTEH KE??




Cikbunga sebenarnya lama dah memakai kanta lekap berwarna ni ataupun nama barat dia “contact lens”.
Tujuan pemakaian contact lens ini adalah untuk membantu penglihatan bagi yang mempunyai masalah penglihatan dan fungsinya sama seperti cermin mata. Tapi, contact lens ni ada had pemakaian dan tarikh luput dia macam 3bulan daripada start pakai atau sebulan. Ada jugak yang jenis harian. I bet, u guys mesti dah tahu mengenai contact lens ni kan? Lagipun contact lens ni dahh lama wujud. Peminat peminat fashion juga mesti faham cara penggunaan contact lens ni.
Cikbunga pernah pakai contact lens yang berwarna dan yang hat jernih tu ataupun kita panggil transparent. Banyak je jumpa orang cakap “pakai contact lens colour colour ingat muka macam mak salleh ke?” takpun orang cakap “gedik je pakai yang berwarna, nak Tarik perhatian lelaki lahh tu” dan “ingat lawa ke pakai yang colour colour biru, hijau, purple

Ni nak cerita lah sikit kenapa cikbunga lagi suka pakai contact lens yang colour colour ni. Cikbunga disahkan rabun masa tahun lepas, umur 20. Tak lah awal sangat dapat masalah rabun ni. Spec mata tak murah, rm500 rm600 rm700 ke..kalau you guys nak beli cermin yang elok, yang high quality, yang tak silau, yang uv protection tu tak murah. Memandangkan masa tu cikbunga tak berduit sangat, gaji kerja part time banyak lagi kena saving so cikbunga pun pilihlah nak pakai contact lens. Siapa siapa yang ada masalah mata pi lah jumpa pakar mata buat lasik ke, smile ke. Cikbunga punya masalah ni power tak terlalu tinggi jadi pemakaian spec atau contact lens sudah memadai. So the best way is, cikbunga pakai contact lens lah.

Dulu cikbunga mula dengan pakai contact lens transparent. Dia okey ja Nampak macam tak pakai contact lens. Orang kata lebih natural lah takde lah bajet bajet mat salleh sangat, Nampak melayu lah kan. Tapi masalahnya bila kita nak pakai, belum sempat masuk mata dia dah jatuh hahahaha, bila jatuh you guys nak cari macam mana? Benda transparent. Pastu tak jumpa, biar lama lama kotor kat situ..dah tak bersih lah contact lens tu. Dah kena bukak contact lens baru.

So contact lens berwarna ni sangat berguna untuk cikbunga dari segi macamtu lah. Lepastu, contact lens ni you guys tak boleh pakai lebih 8 jam. Sebab contacts lens ni ada certain material yang okey, ada certain material yang tak okey. Mata akan jadi kering, merah merah. So tolong sangat, habis kelas tu atau habis kerja tu terus bukak. Contact lens ni kalau dia terpergi ke belakang mata, jangan gelabah. Relaks je. Urut urut mata tu perlahan lahan, bukak mata tengok ada tak. Kalau takde, urut lagi. Nanti dia keluar berlipat so kalau dah terjulur tu boleh Tarik slow slow.



Cik bunga suka pakai warna yang natural macam light brown, dark hazel tapi kadang kadang nak juga try warna silver ke. Saiz pun biasa ambik yang normal. Tapi kalau datang mood nak melawa tu beli lah jugak saiz yang lagi besar.
Terpulanglah pada masing masing kan? Hang nak kalut pasaipa.
So ni nak share sikit general tips untuk yang pakai contact lens ni.
  1. Make sure basuh tangan bersih bersih sebelum sentuh contact lens
  2. Cuci contact lens tiap hari dengan water solution tu.
  3. Casing pun sama, jangan sesekali guna air paip sebab takut ada jangkitan kuman
  4. Yang jenis power kiri kanan tak sama tu, jangan tukar tukar letak contact lens

So, jaga mata elok elok. Rehatkan mata. Mata ni adalah organ yang tak ternilai, kalau you guys rabun ke buta ke, you guys rasa gelap satu dunia. So jaga elok elok. Yang pakai contact lens selalu kena kecam tu, biarkan diorang. Yang pakai mata hang, yang mata depa sakit pasaipaaaaa