Sunday 3 March 2019

5 CARA NAK NGORAT AKU

WAH tajuk kemain lagi. nampak macam rempit dah ni

okeylah, aku betulkan tajuk tu dulu.

"5 cara memenangi hati saya"

haa baru betul. entri ni bukan lah more kepada cara lelaki nak ngorat aku tapi lebih kepada macam mana seseorang tu boleh buat ak adore kat dia, dan selesa dengan dia. mohon maaf atas tajuk yang agak sedikit kotor

lets start...

  1. mestilah seseorang yang mempunyai common sense. amatlah penting sesorang itu mempunyai common sense supaya tidak dilabel "tidak bertamadun". korang pun mesti biasa kan dengan perkataan coomon sense ni, jadi tak payah lah aku cerita kat sini common sense tu apa... 
  2. yang pandai menjaga tutur bahasa nya. aku tak kisah kalau dia suka mencarut tapi secara private, asalkan setiap tutur katanya tidak meyakiti hatiku sampai aku koyakkkkkkk. maksud aku, ada certain people yang dia ni kuat mencarut tapi jaranglah dia sakitkan hati orang. aada pulak jenis manusia yang jarang mencarut tapi sekali dia bercakap fuhhhh pedih beb, sakit yang paling dalam. jadi, aku sangatlah adore orang yang pandai menjaga percakapanya. 
  3. bukan jenis yang tangannya suka merayap ke badan orang lain. hey! ini aku sangat pantang okey. aku ada tau member perempuan ni dia suka pegang pegang aku. aku taktahu nak cakap macam mana. dia bukanlah terus pegang private part tapi dia suka pegang perut, peha... haaa part yang macamtu lah. kalau korang terkena pun korang rasa anginnnnn je kan ? kalau setakat pegang tangan, usap tangan ke apa tu aku tak kisah tapi kalau dah part part yang tu.....
  4. seorang yang boleh menerima pandangan orang lain dan berani melontarkan pandangan sendiri. aku paling suka dengan orang jenis ni sebab dia boleh buat aku berfikir dan aku dapat ilmu baru. seriously, memang seronok sembang dengan orang macamni. kalau kau nak bagi pendapat tapi pendapat kau salah, kau still rasa berani dan rasa tak terhina pun. orang yang macamni lah sepatutnya kita buat kawan.
  5. yang pandai bezakan bila boleh melawak dan bila kena serious. ni pun sebenarnya termasuk dalam common sense jugak. 
sebenarnya banyak lagi yang aku nak share dekat sini tapi kala aku cerita semua, post ni akan menjadi terlalu panjang. silap silap boleh sampai 10 000 patah perkataan. 
jadi aku cerita 5 je lah.

so you guys plis share with me yours :*

1 comment:

Tinggalkan komen ? Terima kasih