Saturday 1 September 2018

Aku Kaya Dapat Duit RM 1Juta ! Yeayy Durian Runtuh

hai guys. assalamualaikum.

WOW, siapa yang tak gembira kan kalau dapat durian runtuh rm1juta ? siapa yang tak gembira ? 

waduh, dapat duit satu juta ? boleh mereng dibuatnya. hahaha. tapi betul tau, kalau tiba tiba dapat selonggok duit 1 juta ringgit depan mata, memang boleh pengsan. lagi-lagi bila masa sesak nak gunakan duit. ermmm kalau macamtu aku nak doa lah, "wahai duit satu juta ringgit, datanglah pada aku yang tengah membujang ni!" 
haha. seronok hidup aku kalau boleh senang macam ni !

cuba korang bayangkan korang yang dapat durian runtuh tu, dapat rm1 juta ? apa yang korang nak buat ?
aku pernah terfikir jugak benda ni, selalu jugak lah aku angan angankan yang aku bangun tidur je duit sejuta ringgit ada depan aku.

kalau dapat duit sejuta ringgit aku nak buat apa ?

1. Nak Beli Rumah Lelong
okey kenapa rumah lelong ? aku nak buat pelaburan hartanah. aku takdelah arif sangat dalam hal ni, tapi rumah lelong ni for sure lah lagi murah dari rumah baru. aku beli rumah lelong tu, aku renovate dan aku sewakan dekat orang lain. duit sewa tu boleh jadi income aku. aku sebenarnya nak buat pelaburan lain macam saham ke apa, tapi ilmu aku kurang. so aku taknak cakap pasal tu dekat sini. 

2. Upgrade Diri Sendiri
Aku nak pergi spa, aku nak pergi buat treatment muka, nak SHOPPING beli baju lawa lawa, nak beli make up. nak jadi lawa hahaha. aku rasa sekarang ni aku tak lawa sebab aku takde duit je ni, nanti kalau aku dah berduit msti aku lawa. hahaha


3. Travel Dan Pergi Haji
next, boleh pergi haji bawak family. lepastu baru boleh pergi travel. banyak negara yang aku teringin nak pergi macam Turki, Jepun, China dan macam macam lagi.

4. Renovate Rumah
yang ni untuk keselesaan family aku. kalau boleh taknaklah besarkan sangat rumah tu sebab bila dah kahwin nanti adik beradik akan keluar dari rumah tu, mak ayah pulak makin tua kesian lah kalau nak kemas rumah yang besar besar. cukuplah keselesaan.

5. Simpan
aku taktahu lah berapa je yang tinggal untuk buat wishlist yang kelima ni. hahaha.
takpelah, simpan je dalam bank takpun melabur je. insyallah akan meningkat jumlahnya nanti


okey back to reality.

kalau korang ada rm1 juta, korang kena bayar cukai. aku tak pasti lah berapa tapi mesti banyak. tolak dah bayar cukai tinggal berapa je lagi ? aku rasa aku cuma sempat buat no 1 tu je.

side income tu simpan elok elok dan kumpul. bila dah banyak baru buat semua wishlist aku tu. fuhh susah jugak ye kalau ada 1 juta ni sebab 1 juta ni bukan banyak sangat.

Duit bukanlah segala-galanya. tapi kalau dapat duit banyak tu, aku nak bahagiakan mak ayah aku. aku nak tunaikan semua kemahuan mak ayah aku. selama ni diorang dah banyak berkorban untuk besarkan aku dan adik beradik aku. jadilah ni masanya aku nak balas jasa mak ayah aku dan semua pengorbanan diorang. aku akan buat apa sahaja untuk bahagiakan dua orang insan ni. selagi aku hidup rasanya memang dah jadi tanggungjawab aku untuk membahagiakannya,





7 comments:

  1. Yg no. 1 tu tak semestinya murah, tengok kwsn. Kalau kt KL, rmh teres 2-tkt pun dah lebih 1/2 juta wlaupun rmh lelong..

    ReplyDelete
  2. kalau lah ekin dapat durian runtuh.. macam2 jugak ni nak beli.. hahah

    ReplyDelete
  3. Dulu-dulu memang selalu berangan kalau dapat duit banyak nak buat apa. Tapi sejak dah 'dewasa' ni, samalah, kena back to reality sikit, dan kita akan tahu kalau ada duit tak bererti ada kebahagiaan. Terpulang kepada kita macam mana nak bahagia. Guna duit atau tidak, bahagia tetap boleh didapati, kan?

    ReplyDelete
  4. duit boleh buat kita hilang focus..

    ReplyDelete
  5. Bestkan kalau dapat 1 juta tu hihi !
    Done follow back, thanks :)

    ReplyDelete
  6. kita as perempuan ni bukannya tak lawa....sangkut dengan tak ada duit ja. bila dah kerja ada duit sendiri tu...berhias sakan.. hihihi.

    ReplyDelete
  7. Kalau ada 1 juta tu.. memang mcm2 nak buat..

    ReplyDelete

Tinggalkan komen ? Terima kasih