Wednesday, 8 April 2020

RESEPI : BREADCRUMP KEBAB - RESEPI ROTI SIMPLE


Bosan bosan taktahu nak buat apa maka terhasil lah resepi diy ni. buat roti pita salut dengan breadcrump pun boleh. resepi simple simple je guna bahan yang simple. yang penting rasanya sedap. sesuai jugak untuk student macam cikbunga yang malas nak makan nasi hehehe...
okey jom kita start

Bahan-bahan inti yang diperlukan :
  • daging burger
  • bawang besar yang dipotong dadu
  • tomato potong dadu
  • cendawan shitake potong dadu
  • sos tomato
  • sos cili
  • serbuk lada hitam
  • garam
  • gula

so korang tumis dulu bawang besar. then masukkan daging burger dan lada hitam. goreng sampai daging tu masak. kalau suka daging yang garing, goreng sampai garing. kalau suka yang juicy, goreng sampai juicy je. ikut citarasa korang. oh ya, daging ni apa apa brand pun boleh. masukkan sos cili dan sos tomato. perasakan dengan gula dan garam. tutup api dan ketepikan. 


Bahan-bahan untuk breadcrump pula :
  • roti buku gardenia atau brand lain - korang lenyek kan sampai nipis. tekan tekan  pun boleh
  • telur
  • breadcrump - kalau takde pun takpe


Roti yang dah dilenyek kan tadi, sapukan telur keliling roti dan letak lagi sekeping atasnya.
tekan tekan bahagian tepi roti tu bagi melekat
celup dalam telur dan salutkan dengan breadcrumps
masukkan dalam kuali dan gorengkan
dah garing depan dan belakang roti, angkat dan toskan.
potong dua bahagian roti dan masukkan inti kedalam roti. - potong menjadi tiga segi
dah siap !
boleh letak mayonis kalau nak




SELAMAT MENCUBA 😋😊

***KREDIT : AliyaFarhana Chomey - kesemua gambar dan resepi dari beliau yang dipost untuk group Masak Apa Hari NI







8 comments:

  1. Sedap ni tapi tak pernah cuba buat lagi.

    ReplyDelete
  2. this one ke yang orang share kata poket doremon tu ?
    i cant remember well tapi macam ya.. hehe..

    time2 MCO ni suka betol kite tngk ramai share menu2 best =D

    ReplyDelete
  3. oh terliurrrr... banyak betul org dok share resepi time-time ni haihh.. memanglah menguji

    ReplyDelete
  4. wah nampak macam mudah je dan sedap. yummy

    ReplyDelete
  5. Nampak sedap ja ni! boleh la buat juadah moreh waktu Ramadan ni kan? hehe

    ReplyDelete
  6. nice sharing.... terima kasih :D

    ReplyDelete

Tinggalkan komen ? Terima kasih