kita usaha lebih, allah bagi lebih
Monday, 30 March 2020
Saturday, 28 March 2020
PEREMPUAN LETAK APA DALAM HANDBAG?
Hai korang! selamat hujung minggu. in case ada yang taktahu hari ni hari apa, hari ni hari sabtu. rindunya dengan blog ni. lama tak menaip dekat sini. banyak sebenarnya yang cik bunga nak share kan dekat sini kali ni, siap buat list dah. hehehehe harapnya semua list tu bergerak lah seperti yang dirancang. jangan terbiar sepi dah lah. penat juga fikir
hari ni taknak sembang banyak. nak sembang benda benda ringan je. kira macam bacaan santai gituwww. by the way, pernah tak korang terfikir apa yang ada dalam handbag perempuan sebenarnya? yang dah biasa bawak handbag tu mesti dah faham kan? kadang kadang ada perempuan yang tak suka bawak handbag, so mesti korang ni pernah tertanya tanya kan apa la yang dibawak tu. lelaki pun sama mesti akan tertanya tanya kan.
WHAT'S IN MY BAG
- Kunci - benda paling penting! sebelum keluar mesti check dulu 2-3 kali and cik bunga sentiasa pastikan kunci tu ada dalam beg.
- Dompet - ni pun penting jugak. bukan jumlah wang tu yang penting tapi semua kad kad dalam tu
- Phone - ni pun boleh sesak nafas tau kalau check beg tiba tiba phone takde
- Powerbank - just taknak battery kong. atleast ada 20%
- Perfume tapi saiz kecik
- Tisu
- Pin lebih
- Make up remover - make up ke tak make up nak kena ada jugak ni. even pakai sunscreen pun kena cuci pakai make up remover sebenarnya
- Bekas contact lens & air dia - since i pakai contact lens (travel set)
- Basic make up - bb cushion, mascara, lipstick, sunscreen
- Earphone - paling penting kalau kena duduk lama
- Memo pad & pen
- Mentos/chewing gum - just takut kalau mulut berbau
fuhhh sedar sedar banyak jugak kan?
by the way, ni just benda yang selalu ada. kadang kadang berubah ikut tujuan ke mana. betul tak? ni baru beg anak dara, belum jadi mak mak lagi. saiz beg pun silap silap berubah nanti.orang kata perempuan kena ada atleast 3 handbag. yang tu nanti nantilah cik bunga ulas
so if you dont mind, can you comment below what's in yours?
**sorry tak sempat snap satu satu gambar.
thankyou guys for reading. see you next time. bye. xoxo
Friday, 20 March 2020
LIFE UPDATE : 2020
Bismillah assalamualaikum. hai korang, sihat tak tu? cik bunga harap korang semua dalam keadaan sihat sejahtera dari segi fizikal, mental, rohani. insyallah. lamanya cik bunga tak post entry, last post pun tahun lepas hahahhaha amboi
WELCOME 2020! & FINAL EXAM
permulaan tahun baru yang agak mencabar sebab nak kena hadap final exam. but yeah, alhamdulillah di berikan kesihatan sepanjang minggu exam. tak cukup tidur, tak cukup makan, stress, penat tu semua normal lah kan student nak exam? alhamdulillah allah permudahkan urusan.
CUTI SEM
dalam bulan yang sama ada exam dan ada cuti sem. cuti sem kali ni tak lama pun, sebulan je. 4 minggu.
- 2 minggu dihabiskan dengan buat praktikal di sekolah. omg yang ni cik bunga rasa nak update satu entri khas untuk share pengalaman cik bunga buat praktikal dekat sekolah sendiri. wait yaaaa
- okey, lepas je habis buat praktikal dekat sekolah tu cik bunga terus pergi short vacay dengan kawan kawan dekat perak.
- kami pilih dekat perak sebab bajet kami semua yang ciput, dan masa yang agak mencemburui kami semua. ada di antara kawan cik bunga yang kena balik U awal so kami tak boleh lah nak bercuti lama lama
- but it is okey. kami semua masih have fun!
RESULT EXAM
alhamdulillah dalam bulan yang sama juga, terus dapat result final haritu. result biasa biasa je tapi banyak sangat peningkatan dari yang sebelum ni. bukan tu yang cik bunga kisahkan, cik bunga just bangga sangat diri sendiri sebab mampu tingkatkan usaha berbanding sem lepas. sem sebelum ni malas sangattttt nauzubillah. hahahahaha
START A NEW SEMESTER!
rasa macam sekejap je cuti dah kena sambung semester baru pula. adehhhh. rasa berat hati nak tinggalkan cuti, rumah, family and kawan kawan. tapi apa boleh buat kan? perjuangan harus diteruskan!
sekarang alhamdulillah sudah berada di minggu ke 5. dah start busy dengan assignment, forum, jurnal and so on. tapi curi masa jugak lah nak update blog ni
oh ya, sekarang cik bunga sedang berehat di rumah sebab cuti covid-19. jadi masa free yang ada ni bolehlah cik bunga meng-aktifkan diri dengan blogging. korang tu pun jaga kesihatan okey? okeylah korang, jumpa lain kali dekat entry yang lain! bye