hai. lamanya tak menaip dekat sini. Rindu rasanya nak meluah di sini walaupun macam syok sendiri. Pada yang sudi membaca, terima kasih. Tak dapat rasanya cikbunga membalas kunjungan semua
Kadang-kadang selalu terfikir nak tulis novel sendiri. Publish kan buku lepastu bagi baca free, tak mengharapkan keuntungan walaupun boleh menjana pendapatan.
Cikbunga bukanlah berasal dari latar belakang sastera yang mampu menghasilkan bait bait yang sungguh puitis, bukanlah juga dari kalangan orang orang yang banyak membaca dan bukanlah juga orang yang dah pergi beratus ratus bengkel penulisan untuk menghasilkan penulisan yang terbaik. Cikbunga hanya cebisan insan yang mempunyai pelbagai rasa di dalam hati dan juga berbagai buah fikiran yang tak mampu diungkapkan.
Rasa itu seperti sedang berperang dengan perasaan sendiri. Melawan sedaya upaya dengan diri sendiri supaya rasa ini tidak berkekalan.
Allahu. Berat sungguh rasanya. Terasa sempit dada ini.
Tak pasti macam mana nak mulakan dari mana, macam mana, dan bait bait yang sesuai digunakan.
..............................................................................................................................................................
Kadang kadang rasa macam syok sendiri. Sebab kita beria support dia, tolong dia, text dia hari hari tapi dia?
Bukanlah dia tidak memberikan respons langsung tetapi respons dia tidaklah sama hype macam kita. You know that feelings right?
Sampai satu tahap kita akan rasa "okey i need to stop this. I deserve better" and secretly hoping yang si dia akan datang mencari. Ya, memang benar si dia datang mencari dan bertanya kan kenapa kita berubah sikap. Dariii hati yang keras menanamkan sikap ingat berhenti dari beria, tiba tiba hati menjadi lemah dan cair. Kita pun mula jadi senang semula bila bersama dengan dia. Hati rasa tenang semula. Seketika.
Tapi, lama lama si dia mengabaikan kita lagi. Bermulah episod yang sama seperti kisah tadi. Kita pun bercakap dalam hati "ahhhh ni last la aku ws kau, pasni takde la dah kalau aku sorang je yang beria". Si dia pun datang memujuk walaupun tanpa dipinta.
Di satu sudut, kita pun terfikir kenapa dengan diri kita ni? Adakah hati ini terlalu sayangkan dia? Adakah hati ini terlalu mudah untuk dipermain mainkan?
Kita keliru dengan perasaan sendiri. Kita rasa yang dia dah tak sayangkan kita. Kadang kadang, kita rasa yang dia sayangkan kita. Ah sudah! Apa nak buat ni?
Berkawan macam biasa? Tapi tak boleh control dari jadi manja dengan dia dan nak perhatikan dia.
Jangan layan dia sangat? Ah sukarnya rasa sebab si dia sangat pandai bergurau sehinggakan kita lupa yang kita tengah terasa dengan dia.
Hampir saja memulakan cerita di dalam draft microsoft word. Ah! Aku buntu dengan perasaanku sendiri...