Thursday, 30 August 2018

Ciri Ciri Lelaki Idaman Wanita [ Pendapat Peribadi ]


Hai. Selamat pagiiiiiiiiiiiiiiiii. macam mana pagi korang? jangan skip breakfast okey, nanti gemok hahahha

semalam aku ada lepak dengan geng tempat kerja lama aku. biasalah kalau perempuan kalau dah melepak tu macam macam yang kami nak gossipkan. betul tak ? tapi dalam banyak banyak topik yang kami sembangkan, ada satu yang menarik perhatian aku sebab topik ni agak "panas" jugak. topik "ciri-ciri lelaki idaman wanita", so dekat sini aku share apa hasil perbualan kami

  1. Lelaki yang menjaga imannya. yang ni macam susah sikit nak jumpa tapi jangan risau, masih ada. bagi aku, lelaki yang betul betul menjaga iman ni sangat lah bae. dia lebih pentingkan agama dari benda yang lain. bukan senang nak jumpa zaman sekarang.
  2. Yang menghormati perempuan dan orang lain. maksud hormati perempuan tu bukan jenis yang ikut je semua cakap perempuan sampai tak boleh melawan balik...bukan yeeeee. maksud aku, bila bercakap dengan perempuan dia akan guna perkataan yang sopan. pastu maksud aku lagi, hormat perempuan tu bila dia jenis tak suka suka je pegang perempuan. bukan semua perempuan suka yee lelaki main pegang pegang je(bagi yang belum berkahwin)
  3. Yang menjaga, melindungi dan penyayang. perempuan suka lelaki yang melindungi. perempuan suka bila lelaki tu buat dia rasa selamat.
  4. Yang mesra dan tidak terlalu serius. okey gais ini sangat lah penting ya. perempuan suka dan senang nak ngam dengan lelaki yang mesra ( but not terlalu mesra ). sebab, at the first perkenalan perempuan ni memang akan malu malu sikit, jadi pendiam tapi bila lelaki tu yang jenis freindly haaaaaa baru lah perempuan tu senang nak ngam. and bila dah ngam, memang perempuan akan lagi banyak cakap. faham ? 
  5. Yang sentiasa mengambil berat. memang lumrah perempuan nak perhatian lagi lagi dengan lelaki yang dia sayang. perempuan suka bercerita apa yang jadi dalam seharian hidup dia, apa yang dia tak suka dan apa yang dia suka. so, lelaki yang selalu tanya "how was your day?" "hari ni okey tak?" memang akan jadi idaman wanita sebab perempuan ni memang lumrahnya begitu. tapi jangan pulak lelaki ni tiap masa nak berkepit je, nanti perempuan pun rimas
  6. Yang jaga penampilan, kemas. tak semua perempuan suka lelaki yang handsome dan tak semua lelaki dilahirkan handsome. betul tak? tapi semua perempuan suka lelaki yang kemas terutama sekali dari segi penampilan sebab itu yang perempuan pertama kali nampak. rambut tu kena kemas walaupun lelaki tu berambut panjang, baju, seluar, muka kena kemas yang paling penting wangi. tak perlu lah wangi yang terlampau strong cukuplah ada bau yang boleh buat perempuan ingat sebab kadang kadang bau lelaki pun boleh buat perempuan jatuh cinta

apa yang aku share dekat atas tu, bukan lah semua perempuan suka yang macamtu. ni pendapat peribadi aku sendiri. jenis pendapat peribadi ni korang tak payahlah ambik serius sangat.

kalau korang (lelaki) takde ciri ciri yang aku cakap tu, janganlah risau masih ada perempuan yang akan suka korang. yang penting hati kena baik, akhlak kena cun. jadi diri sendiri.


Wednesday, 29 August 2018

Monday, 27 August 2018

[ Mesej Berantai ] Jangan Ucap Salam, Sila Tulis Penuh, Assalamualaikum


"jangan ucap salam, sila tulis penuh, assalamualaikum. Salam dalam bahasa yahudi bermaksud saya cinta dajjal.satu lagi, jangan guna lafaz a'kum, perkataan 'akum' adalah gelaran untuk orang orang Yahudi kepada orang-orang bukan yahudi yang bermaksud binatang. dalam bahasa ibrani, ia singkatan daripada perkataan 'avde kokhavim u mazzalot' yang bermaksud 'hamba hamba binatang dan orang orang sesat. jangan terpedaya dalam konspirasi yahudi untuk hina ugama kita. ini semua adalah rancangan sulit dajjal nak rosakkan ummat islam.
Woha !

 apa niat korang bangkit isu remeh temeh sebegini? nak tunjuk pandai? rasa diri lebih afdal dari orang lain? rasa orang lain hina sebab tak jadi macam korang?

oii bakal ustaz semua, dengar sini! dalam dunia penulisan, orang tulis short word bukan maksud nak hina agama. mereka malas nak tulis panjang-panjang sebab nak cepat dan jimat ruang, atau memang pemalas. langsung tak salah. kalau salahpun, bab menyusahkan orang tua yang tak faham singkatan ayat. aku gelar orang yang tulis ayat singkatan sehingga menyusahkan orang nak membaca sebagai "perasan unik". takde kena mengena dengan menghina ugama.

bab kaum yang ada sama makna 'avde kokhavim u mazzalot' yang bermaksud 'hamba hamba binatang dan orang orang yang sesat' aku peduli apa?

aku ulangi, aku peduli apa! bahasa ibrani? ada aku kesah? habis tu kau tak tahu ke maksud email forward dalam bahasa yunani hulu kuala berang. yang mana maksudnya, orang yang percaya pada semua email forward adalah bodoh dan senang diperbodohkan !

*****kredit : hamka kereta mayat*****
dipetik dari buku MENANGKAP DAJJAL DI WAKTU DHUHA
HALAMAN ; 16, 19 & 20
PENULIS : HAMKA KERETA MAYAT


Sesungguhnya apa yang ditulis oleh beliau sangatlah betul gaissssss. bukannya apa, aku berani jamin korang pun pernah dapat mesej forward macam yang aku quotekan tu kan ?
secara jujurnya aku pun pernah terjebak dengan benda ni. aku pergi forward dekat semua contacts aku. maklumlah masatu fikiran cetek lagi, pantang nampak mesej "panas" macamni terus je sebar nak jadi orang pertama yang sebarkan berita kononya

bila dah besar sikit, eh dapat lagi mesej macamni? padahal 2-3 tahun lepas mesej ni dah tersebar. Hahahahaha rasa nak tergelak aku tengok orang yang pertama kali dapat mesej macamni terus percaya bulat bulat. tapi aku taknak kecam diorang sebab aku sendiri pun pernah macamtu.

Sebab apa boleh jadi macamtu ?

  • sebab kita semua malas nak kaji sumber mesej ni
  • sebab kita semua terlampau taksub
  • sebab kita semua mudah ditipu
  • sebab kita punya fikiran yang sempit 
setuju tak ?

kalau kita punya minda yang terbuka, kita takkan kisah dengan hal remeh temeh penggunaan bahasa ni selagi tak merosakkan akidah.
kalau kita rajin selidik dulu mesej macamni, kita takkan sebarkan sebab kita tahu sumbernya tak jelas.

aku setuju sangat degan apa yang ditulis oleh beliau. sangat sangat setuju. aku pun akan bagi jawapan macamtu kalau ada sesiapa yang berani forward mesej macamtu dekat aku. yelah, orang yang forward ni pun takkan takde common sense langsung ye tak ? like seriously, aku takfaham kenapa ada yang suka sangat sebarkan mesj berantai macamni. bukan ni je, banyak contoh lain macam kiamat lah, yakjuj makjuj lah. amboiiiii seronok sebarkan benda tak betul dan takutkan orang lain ?

SO, kalau korang dapat mesej macamtu apa yang korang nak buat? forward atau biarkan? 

Sunday, 26 August 2018

Ronaldmohoni.com Salam Merdeka 2018 Giveaway


Tarikh Giveaway:
19 0gos hingga 09 September 2018

Hadiah:
1. RM 10 untuk seorang pemenang
2. RM 5 untuk 8 pemenang

Friday, 24 August 2018

Make Up Tak Tahan Lama ? Inilah Penyelesaianya


hai guys. assalamualaikum. hari ni aku nak share penyelesaian masalah make up tak tahan lama.

perempuan yang bersolek ni mesti nak solekan dia tahan lama, penatlah kalau asyik nak touch up make up je kan ? kalau boleh, macam mana mula mula make up, macamtu jugaklah keadaanya bila dah akhirnya. tapi bukan semua produk long lasting. ye tak ? aku pun pernah alami masalah macamni. pagi pagi je lawa, bila dah tengah hari, serupa barai. petang tak payah cakap lah.

masalah make up tak tahan lama dan kulit berminyak ni memang selalu dialami oleh golongan remaja atau awal 20-an lagi lagi yang kerja outdoor tu. 

untuk settle kan masalah ni, apa kata korang beralih kepada foundation berasaskan cecair bebas  minyak 

produk ni sangat membantu untuk stop kan masalah kilatan dengan muka. selain tu, sapukan bedak tabur pada wajah yang dah siap make up. dan jangan lupa bawa bedak kompak kat mana pun korang pergi. bila korang sapukan produk ni dekat muka, produk tu akan bantu untuk hilangkan kilatan dekat muka.

paling penting !
bawa jugak kertas serap minyak (oil blotters) so thats korang boleh serap minyak berlebihan dekat muka korang tu guna kertas serap minyak tu. 

barulah korang boleh touch up make up tu serta tahan lama.
kat bawah ni ada contoh kertas serap minyak yang aku cakap tu, incase kalau ada yang taktahu


Thursday, 16 August 2018

Tips Pakai Wedges

hai guys. siapa suka pakai wedges ? biasanya perempuan akan pilih wedges berbanding dengan high heels untuk yang baru belajar nak pakai kasut tinggi sebab lebih stabil. ketebalan tapaknya yang start dari belakang tumit sampai hujung jari buatkan rasa selesa untuk jangka masa yang lama. bukan tu je, pakai wedges ni buat nampak moden dan trendy, and yang paling penting nampak tinggi slim.

kasut ni boleh pakai bil bila je tak kiralah majlis apa pun. tapi korang kena bijak jugak gayakan kasut ni, kalau tak korang jadi fashion victim. aku ni bukanlah reti sangat dalam fashion ni tapi kali ni aku nak share sikit tentang " tips pilih wedges ikut majlis "

TIDAK FORMAL
kalau korang nak berjalan-jalan sambil bersantai, wedges ni sesuai digayakan dengan pakaian casual macam seluar jeans ataupun legging. tambahkan aksesori macam rantai etnik aau rantai yang diperbuat dari batu batuan ataupun kaca. haa mesti ootd korang akan meletopzzz. 

SEMI FORMAL
untuk acara semi formal, korang boleh sarungkan tanktop dengan pakai blazer atau kardigan. pastu pakai dengan seluar panjang atau skirt yang jenis denim. untuk ke office, wedges sesuai jugak pakai dengan kemeja + seluar panjang/skrit

FORMAL
untuk majlis formal pulak, wedges sesuai pakai yang tak menutup kaki supaya nampak kelangsingan kaki. tapi kena ikut lah majlis apa. pandai pandailah korang mix and match kan sendiri.

aku sendiri pun taktahu nak terang macam mana yang last tu. sorry guys. sampai sini je entri aku. harap dapat membantu. 



Tuesday, 14 August 2018

Life as a jobless person


hi guys ! harini aku nak share dengan korang rutin aku atau apa yang aku buat sepanjang jobless ni. aku sekarang baru je berhenti kerja sebab dah nak masuk universiti, so biarlah aku buat persiapan.

jobless. ya menganggur. takde kerja, takde duit.
happy ke?

honestly ya sebab aku dah tak stress dengan kerja. alhamdulillah. lagipun ni keputusan aku sendiri.


  • JADI SURIRUMAH

okey this is the first thing ; jadi suri rumah. for your information, aku ni bukanlah kaki merayap yang selalu keluar rumah walaupun aku ada lesen motor dan kereta. tapi kalau ada orang ajak aku onz je. aku cuma keluar bila orang ajak je. kalau sendiri memang takde lah.

pagi tu aku mandi, basuh kain, sapu sampah, tengok tv
tengah hari aku makan, ambik adik dan hantar adik pergi sekolah
petang tengok tv, lipat kain, and others

see ? lifeless kan ? tapi takpe aku bahagia. ewahhhh


  • BLOGWALKING


sejak dah jobless ni aku makin aktif pulak main blog. aku memang suka baca post yang panjang panjang hehehe. dan aku rasa sementara aku free ni lah nak blogwalking dan schedule post banyak banyak. hmm setakat ni dah banyak aku schedule post, kot kot lah aku busy nanti kan ?


  • BISNES ONLINE/DROPSHIP


sekarang aku tengah run bisnes jual baju dan minyak wangi. sebelum ni aku pernah join dropship jugak tapi aku quit sebab busy study masatu. so sekarang aku run bisnes balik, sambil sambil buat income. aku suka dengan jadi dropship ni sebab mudah, aku tak perlu keluarkan modal & takperlu pegang barang. sambil sambil main phone tu, duit pun masuk.


  • WORKOUT 

sekarang aku tengah aktif diet hahaha. dekat rumah aku selalu workout since aku ada banyak masa. aku selalu buat plank, push up, main skipping, jog, main basikal and kadang kadang buat senaman ringan. dari dulu aku teringin nak workout tapi dulu aku terikat dengan kerja & sekolah. sekarang ni ada masa baik aku workout. diet pun senang kalau dah kat rumah je, trust me. 



setakat ni tu je yang aku buat masa "cuti" ni. kalau ikutkan plan aku, banyak lagi benda yang nak aku buat tapi masa dan keadaan tak sesuai lagi.

selain tu, aku ada jugak tengok movie, baca buku tapi takdelah seaktif tiga benda ni thats why aku tak cerita. okeylah sampai sini je kali ni.aku mintak maaf kalau tulisan aku ni berterabur sebab aku bukan reti nak susun ayat. aku cuma taip apa yang ada dalam otak aku.
sekian terima kasih. bye



Saturday, 11 August 2018

Cara Kawal Kemarahan


sifat pemarah itu berasal daripada sifat sombong atau lebih dikenali dengan ego. lagi besar ego seseorang lagi besarlah marahnya. 
 hai guys. selamat pagi.

agaknya macam mana orang semua kawal marah ye ? hurmmm bukan apa semalam ada sorang kawan aku dia ws aisyah tanya macam mana nak kawal kemarahan dia tu. pelik dengan soalan tu. dalam fikiran aku, aku pun terfikir macam mana ek aku control emosi aku. kadang kadang aku terasa yang aku ni baran jugak bila ada yang tak kena mula lah aku angin. alaaa manusia biasalahkan kadang kadang okey kadang kadang tak. lumrah alam hehehe. 

jawapan aku dekat soalan kawan aku tadi adalah dengan bersolat dan jangan sesekali skip solat sebab solat tu wajib. 

kawan aku kata, dia ni kalau tension suka dengar lagu yang kuat-kuat. biasanya pilih lagu techno, rihanna dan macam macam lagi. tapi bila dah semak sangat, dia akan mula dengar lagu nasyid dan zikir zikir yang dipasang. katanya kemarahan dia redha sikit. 


aku cadangkan supaya dia pergi bercuti ke tempat yang dia suka. aku suruh dia ambik cuti panjang biar masalah berserabut di kepala dapat diselesaikan. aku sebenarnya lagi prefer kalau dia bersama dengan keluarga kerana keluarga lebih memahami situasi yang kita hadapi. bercerita dengan keluarga bukan untuk buat mak ayah kita tambah serabut dengan masalah kita tapi sekadar mintak pendapat. iyelah mereka kan lagi tua , terlebih dahulu makan garam dari kita. betul tak ?

lagi satu, apa yang ingin aku katakan adalah bersabar dan memaafkan. dan percayalah bahawa balasan bagi orang yang bersabar dan memaafkan di akhirat kelak lebih besar dan lebih kekal. percaya pada janji allah. memanglah  sekarang kita akan rasa sakit hati dan marah tapi kalau kita reda kita akan rasa tenang dan kepala pun tak serabut.

jangan terlalu fikir benda yang dah lepas, jadikan ia satu pengajaran.

sekian tazkirah aku.




Thursday, 9 August 2018

Giveaway Sampul Raya Fashion Valet 2018 by Siqahiqa.com


THE PRIZES

Three winners will be selected by me via lucky draw and each winner will receive one packet of Sampul Raya by Fashion Valet 2018 which consists of 10 pieces / packet. 


TERM AND CONDITION

1. Follow Blog Siqahiqa (follower gadget at page footer)

2. Follow Facebook page BLOG SIQAHIQA

3. Follow Instagram @haqisfila 

4. Follow Instagram @siriusiqa -  my flat-lays account (reactive) solely for my flat-lays and bookstagram.

5. Copy banner and make an entry with title "Giveaway Sampul Raya Fashion Valet 2018 by Siqahiqa.com (please backlink)
6. Publish your entry and leave a comment with your entry link and your Instagram user-name. 


THE GIVEAWAY DATE 

The giveaway will be starting from today, 18 July 2018 until 12 August 2018

The winners will be selected and announced two days after the giveaway closed. I want to announce it as fast as possible because I want to post the prizes and hope it will reach the winners before Hari Raya Aidiladha 😊


All bloggers are welcome to join this giveaway  ^_^

Friday, 3 August 2018

amalkan semua ni kalau nak berjaya


Rahsia Kejayaan:


Antara surah yang boleh diamalkan setiap hari;

  • ISNIN - ad dukhan
  • SELASA - al hasyr
  • JUMAAT - al kahfi
  • RABU - al waqiah
  • KHAMIS - yasin
  • SABTU - ad dukhan
  • SEBELUM TIDUR - al mulk
  • AHAD - al mulk
  • SUBUH - as sajadah



Moga Allah bantu.
Jom kita amalkan sama-sama !

Thursday, 2 August 2018

GIVEAWAY PERTAMA by diyanatjuman.blogspot.com

( at least follow tiga syarat je)


HADIAH

Giant Teddy  
seperti dalam banner di atas



SYARAT PENYERTAAN

1. Follow Blog Diyana Tjuman (scroll kat follower gadget)
2. Follow Facebook Page @DT's BLOG
3. Follow Facebook Page @Cubre Mi Foundation Ranau
4. Follow Instagram @diyanatjuman
5. Copy banner diatas
6. Buat entry tajuk "GIVEAWAY PERTAMA by diyanatjuman.blogspot.com"(backlink tau!)
7. Tinggalkan komen korang kat bawah dengan link entry 



PENGUMUMAN!

  • Giveaway ni akan terbatal jika hanya terdapat 9 penyertaan.
  • Hadiah akan ditambah sekiranya giveaway mendapat sambutan. *If :)
  • Giveaway berlangsung bermula 28 Julai 2018 hingga 18 Ogos 2018.
  • Pemenang akan dipilih dan diumumkan pada 20 Ogos 2018.